Detik bersejarah tercipta di Pulau Pinang dengan pelancaran rasmi M Social Resort Penang. Ini adalah hotel gaya hidup terbaru oleh Millennium Hotels and Resorts (MHR). Buat pertama kalinya, jenama ini membuka pintunya di Malaysia. Resort ini terletak di pesisir pantai Tanjung Bungah yang indah dan menawan. Ia menjadi simbol gabungan budaya tempatan yang sesuai untuk gaya hidup kontemporari.

Resort ini telah dibuka secara awal pada bulan Mac. Kini ia tampil sepenuhnya dengan 318 bilik dan suite, lengkap dengan fasiliti gaya hidup serta pengalaman kulinari yang menarik. Bekas Copthorne Orchid Hotel ini diberi wajah baru, bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga dengan semangat ‘M Social’. Ia menekankan nilai kreativiti dan komuniti
Pelancaran Meriah & Semangat Baru
Majlis pelancaran rasmi berlangsung penuh warna dengan persembahan tarian singa, letupan mercun dan suasana yang menyemarakkan semangat kebudayaan. Turut hadir dalam acara bersejarah ini ialah tetamu kehormat seperti Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Gabenor Penang, serta tokoh-tokoh industri pelancongan dan hospitaliti tempatan dan antarabangsa. Diikuti dengan upacara menandatangani perjanjian secara digital yang mencerminkan komitmen jenama ini terhadap inovasi berteraskan teknologi.

Soon Hin, Kwek Leng Beng, Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang Mulia Toh Puan Raja
Dato' Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah, Puan Cecelia Kwek, Yang Berbahagia Datin Joelyn Teoh,
Mdm Poh Cheng Kin, Sheila Tan, Carolyn Wishnowski, Jasmine Keh

Acara pada malamnya diteruskan dengan majlis eksklusif bergaya soirée, menampilkan hiburan secara langsung oleh Elvira Arul, pertunjukan biola LED dan sesi DJ bersama DJ Nikki — membuktikan bahawa M Social bukan sekadar tempat bermalam, tetapi satu destinasi pengalaman.
Rekaan yang Menyatu Warisan dan Alam
Setiap ruang di M Social Resort Penang direka dengan teliti untuk mencerminkan keunikan budaya tempatan, terutamanya pengaruh Peranakan yang sinonim dengan Pulau Pinang. Sentuhan seperti corak geometri tradisional, motif flora dan warna-warna yang diilhamkan daripada alam menjadikan setiap bilik sebagai satu ekspresi seni yang hidup.
Terdapat dua sayap utama hotel ini:
- Sunset Bay Wing – Menyediakan bilik dan suite dengan pemandangan laut yang memukau serta rekaan dalaman yang ceria dan bergaya.

- Azure Wing – Pilihan ideal untuk keluarga dan kumpulan kecil dengan pemandangan terus ke pantai.

Kemudahan teknologi seperti TV pintar 55 inci, Wi-Fi berkelajuan tinggi dan yang paling unik — pembantu suara AI Aiello dalam bilik — memberikan pengalaman buku mimpi penginapan yang lebih peribadi dan mudah, menjadikan M Social sebagai hotel pertama di Malaysia menawarkan kemudahan ini.
Kulinari yang Mewakili Jiwa Pulau Pinang
Pengalaman gastronomi di M Social Penang sangat menonjol bersama tiga ruang makan yang berbeza:
- Beast & Butterflies – Restoran utama yang menyajikan gabungan masakan Peranakan dan antarabangsa.

- The Social Hub – Ruang santai untuk menikmati teh petang atau koktel dalam suasana yang nyaman dan bersahaja.

- Breezy Bites – Bar tepi kolam yang hidup dengan muzik dan snek ringan, sesuai untuk santai bersama rakan-rakan atau keluarga.

