Langgan

Minum Petang Ritzy Afternoon Tea, Menampilkan Bancuhan Unik Ronnefeldt Rare Tea Blends

Minum petang di tengah KL, di The Ritz-Carlton!
1 minit untuk membaca
Published: June 16, 2025
ritz-carlton

Memesrai suasana lawan pagi dengan minum petang di ruang santai di sebuah hotel pinggir jalan Bukit Bintang, yang terberumbun gah di segitiga emas. Di ruang lobi The Ritz-Carlton – The Lobby Lounge – seraya berhimpun bercampur dengan teman-teman dan menikmati keseronokan pengalaman minum petang bersama pre-dinner  dan minum-minum sesudah makan sambil dihiburkan oleh persembahan live.

The Ritz-Carlton meluarbiasakan pengalaman minum petang anda di The Lobby Lounge dengan menampilkan ‘Ritzy Afternoon Tea Featuring Exclusive Ronnefeldt Rare Tea Blends’ – hirupan mewah yang dipertingkatkan, menerbitkan kenikmatan unik dan seakan-akan membangkitkan suatu rasa yang bukan biasa-biasa. Seleksi menu ini terhad, memperkenalkan dimensi baharu dalam meronai sofitikasi tradisi minum petang di The Ritz-Carlton. 

ritz-carlton

Ia disempurnakan lagi oleh hidangan tiga tingkat sandwich untuk minum petang, skon-skon suam serta pastri Perancis yang tersedia begitu indah buat pengunjung-pengunjung. Setiap menu makanan ini terhidang secara teliti bersama setiap minuman teh. Bancuhan rasa teh buah-buahan menjadikan rasa pastri lebih menarik, manakala bru yang aromatik menyeimbangkan kemewahan juadah Istimewa yang berteraskan gabungan krim. 

Untuk pengunjung-pengunjung yang ingin menjadi sebahagian daripada pengalaman ini, ‘Ritzy Afternoon Tea’ ini bakal berakhir pada akhir bulan Jun ini. Lokasinya di The Lobby Lounge, aras satu. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi The Ritz-Carlton di talian +60 18 623 0036.    

ritz-carlton

                

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down