Langgan

Let’s Go Surfing Bersama Coach

Coach Summer Edit
2 minit untuk membaca
Published: June 12, 2025

Coach memperkenalkan koleksi Coach Summer yang multi-warna dalam menyambut kehadiran musim panas tahun ini. 

Are you ready for summer? Ya, musim panas sudah kembali dengan letusan warna-warna yang segar. Coach tidak ketinggalan meraikan kehadiran musim panas ini dengan seleksi aksesori dan pakaian sedia-pakai yang terhangat.

Musim panas ini, label asal kota New York ini memperkenalkan koleksi Coach Summer yang ikonik. Himpunan ini membariskan beg-beg tangan ikonik mereka, tetapi dihembuskan dengan kesegaran terkini. Bukan sahaja pada pemilihan warna yang terang, juga sentuhan cetak bold yang mencuri perhatian.

Siluet Beg Tangan Coach Yang Ikonik

Koleksi Coach Summer ini menyaksikan pertembungan antara ikon dan gaya cool yang effortless. Ia memperkenalkan variasi baharu pada siluet beg tangan Coach yang paling ikonik. Antaranya Quilted Tabby, Cargo Tote, Brooklyn dan Empire Carryall. Beg tangan kegemaran peminat fesyen ini kini hadir dalam seleksi warna baru dengan paten yang lebih dinamik. 

coach malaysia

Beg tangan Quilted Tabby sudah pasti akan menangkap pandangan peminat kali ini. Bukan satu ataupun dua, tas tangan Quilted Denim Tabby ini mempunyai empat pilihan warna yang segar. Beg Cargo Tote pula tampil dengan semburan cetak bunga yang berwarna, cukup menyeronokkan untuk digayakan sepanjang musim panas tahun ini. 

Gerobok Coach Summer

coach men

Himpunan Coach Summer ini tidak terhad kepada aksesori kulit sahaja. Coach turut memperkenalkan rangkaian pakaian sedia-pakai buat lelaki dan wanita. Buat kaum hawa, terdapat pilihan gaun maksi yang disuntik dengan cetak floral dan paisley. Koleksi sedia-pakai untuk lelaki juga bermain dengan cetak dan sulaman bunga. Dan, setiap satunya hadir dengan seluar pendek yang sepadan. 

Lengkapkan gerobok musim panas anda dengan aksesori kulit dan pakaian sedia-pakai Coach yang penuh warna. Koleksi Coach Summer ini sudah boleh didapat di butik fizikal dan secara atas talian.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down