Langgan

Eksklusif : Bual Fesyen Dengan Ugo Mozie & Kolaborasinya Dengan Diana Ross

ELLE Malaysia berbual dengan Ugo Mozie, mendekati renana Diana Ross di Met Gala
3 minit untuk membaca
Published: June 11, 2025

Beredar masa dari sebulan lalu, apresiasi terhadap fesyen Met Gala masih utuh. Mengunjungi ruang waktu ‘Met Gala : Superfine Tailoring Black Style’, ia mengepung pemerhati serta pencinta fesyen yang mengulas apa yang terbaik dan apa yang dianggap terkecundang. Gaya Diana Ross tidak terkecuali daripada menjadi perkara yang dibincangkan.

Diana ross

Mengapa ia diperbualkan? Kerana penampilan Diana Ross sangat ikonik! Sudah lebih dua dasawarsa dia tidak menghadirkan dirinya ke Met Gala dan pada tahun ini, Diana Ross memilih untuk membuat kemunculan. Zendaya malah mengambil masa mengamati dan menghargai penampilan Diana Ross (yang terlihat berdiri di belakang Diana Ross di atas permaidani merah), seraya menaburkan pujian, “She’s so fabulous!” 

Menyorot kembali perjalanan masa fesyen Met Gala bulan lalu, ruang lingkup tema tersebut mendorong pasukan fesyen Diana Ross berteliti dalam berkarya. Insan terpenting yang menjayakan gaya Diana di Met Gala itu adalah Ugo Mozie – penata gaya serta pereka fesyen jenama miliknya, Eleven Seventeen – yang beroleh kemenangan dalam mencetus momen fesyen. Ugo bersama-sama pasukannya memastikan keberhasilan penampilan Diana pada hari bernama itu menjadi hal yang membekas dalam ingatan.

Diana ross

ELLE Malaysia berpeluang menemu bual Ugo Mozie dan mendekati di balik tabir pembikinan gaun perak gah yang bertatahkan kristal Swarovski ini.

ELLE Malaysia : Hai Ugo! Ceritakan sedikit inspirasi anda dalam mereka gaun ini untuk penyanyi legenda, Diana Ross?

Ugo Mozie : Kami meraikan Black Royalty and Style, menerokai inspirasi daripada kesejarahan stail-stail bangsa kulit hitam yang mendefinsikan masa kini. Ini adalah momen untuk kami menghormati legasi dan keagungan budaya bangsa kulit hitam. 

EM : Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh anda dalam rekaan agung ini?

UM : Purity and regality. Ia disimbolkan dengan penggunaan rona putih yang menyimbah look ini. Rona putih tersebut melambangkan keabadian dan keanggunan stail bangsa kulit hitam. Sulaman kristal Swarovski menambah sentuhan istimewa dan ia memahat nama-nama anak serta cucu Diana Ross pada bahagian mantel.

Diana ross

EM : Pengalaman bekerjasama dengan Diana Ross bagaimana?

UM : Bekerja dengan Diana Ross umpama mimpi yang menjadi kenyataan. Kami berkolaborasi dengan sepasukan artisan dan pereka yang berkemahiran tinggi, berjaya merealisasikan look yang kami bayangkan. Kehadiran serta tenaga Diana umpama ‘elektrik’ dan kami sangat megharagi setiap detik bersamanya. 

EM : Siapa yang memainkan peranan penting dalam proses pembikinan gaun ini?

UM : Pasukan saya, termasuklah artisan-artisan dan pereka-pereka yang bekerja tanpa mengenal penat. Sudah tentulah, Diana Ross yang berperanan sebagai key partner dalam proses pembikinan ini. 

EM : Pandangan peribadi anda tentang tema Met Gala tahun ini?

UM : Tema tahun ini adalah satu inspirasi yang terpenting buat diri saya. Saya suka bagaimana Vogue dan The Costume Institute meraikan pertembungan antara seni, budaya dan identiti. Ia mempengaruhi daya kreatif saya dan menyemangati saya untuk berkarya sebaik-baiknya. 

Diana ross

EM : Melanjutkan bicara tentang kemunculan Diana Ross di atas permaidani merah. Dramatik! Siapa yang memunculkan idea grand tersebut? 

UM : Kemunculan dramatik itu adalah atas budi bicara antara Diana, pengarah imej Phylis dan diri saya sendiri. Kami mahu kehadiran Diana itu merupa upacara kemahkotaan permaisuri, as Diana is indeed a queen! Kemasukannya ke permaidani merah Met Gala adalah untuk mencipta statement dan meninggalkan tanggapan yang membekas dalam ingatan.

EM : Material apa yang digunakan oleh anda dalam menjayakan gaun ini?

UM : Gaun ini menampilkan tatahan 100,000 kristal Swarovski yang menterjemahkan kemewahan rekaan. Ekor mantel tersebut panjangnya 20 kaki dan hand-embroidered sepenuhnya, mempamerkan ketukangan kraf pasukan saya. 

EM : Apakah butiran tersembunyi dalam rekaan ini?

UM : Satu butiran tersembunyi dalam rekaan ini adalah sulaman pada bahagian kot, yang memimik bentuk dahan serta ranting pokok. 

Diana ross
ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down