ELLE Malaysia menerokai dua musim - musim panas dan Cruise, mendekati aksesori pilihan Louis Vuitton yang membuahkan ilham kembara dan CELINE membawa kita berkelana ke perbatasan pantai!
Beg ‘Mesti Milik’ Musim Ini : Odyssée Daripada Louis Vuitton

Namanya seelok maknanya, menterjemahkan perkelanaan yang sarat peristiwa indah. LOUIS VUITTON memperkenalkan Odyssée – beg tangan yang ‘membicarakan’ ilham kembara dunia.
Ketrampilan khusus beg sandang Excursion daripada musim Cruise 2024 umpama jendela kesempatan Louis Vuitton dalam membuahkan satu ilham, merekakan rangkaian beg tangan baharu untuk musim Pre-Fall 2025. Identiti dunia perkelaanan tiada tersisih, malah direka untuk everyday adventures. Louis Vuitton menampilkan beg tangan Odyssée, yang merupakan aksesori mesti ada buat semua wanita!

Siluet Odyssée berupa beg tangan bahu yang dihasilkan dengan menggunakan material kulit anak lembu, disempurnakan oleh signature Minigram Bold. Gancu bersifat dekoratif serta tali rantai mudah tanggal melengkapi rekaan. Sama juga dengan satu lagi rangkaian Odyssée yang menggunakan material signature Louis Vuitton yakni kanvas Monogram.
Dua Pinggiran Mesra Sekata : CELINE Menampilkan ÉTÉ CELINE
Bicara alam antara dua pinggiran pantai – French Riviera dan Saint Tropez – senada seirama membuahkan ilham, sebagai seting kempen musim panas CELINE

Dari kota yang tergesa-gesa, sejenak berpergian ke perbatasan pantai untuk menyembuhkan fikiran. Transisi yang bukan hanya bertandakan suatu penggalan percutian, malah mententeramkan jiwa. Bayangkan lautan yang birunya lazuardi dengan cenuram dramatik di French Riviera dan landskap yang bermandikan merah matahari terbenam bersama kapal Persiaran menyuasanai atmosfera di Saint Tropez… dua cabang berbeza, namun sekata meronai kempen baharu koleksi ÉTÉ CELINE.

CELINE memperhebat himpunan ÉTÉ CELINE dengan gagasan ilham godaan French Riviera dan Saint Tropez – sebagai asas rekaan rangkaian pakaian sedia pakai yang serupa seragam wardrobe musim panas sehinggalah himpunan beg rafia yang mengekspresikan nilai kraf menerusi pembuatannya. ÉTÉ CELINE adalah sebuah kisahan yang mencerminkan lanjutan ideologi CELINE ke CELINE Lifestyle Collection, yang merangkumi objek hiasan serta perbaot untuk kegunaan bahagian dalaman dan luaran kediaman. Malah tidak mengabaikan sekali aksesori pantai yang serasi dengan aspek kesantaian dan estetika musim panas.