Langgan

Sebuah Sambutan Budaya Peranakan

The Saujana Kuala Lumpur memperkasa budaya Baba Nyonya
2 minit untuk membaca
Published: May 8, 2025

Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, The Saujana Hotel Kuala Lumpur bangga menjadi pendukung utama salah satu identiti budaya negara yang paling berharga iaitu warisan Peranakan. Menerusi inisiatif ini The Saujana Hotel Kuala Lumpur bekerjasama dengan Persatuan Peranakan Baba Nyonya Kuala Lumpur & Selangor (PPBNKLS) bagi meneruskan kelangsungan tradisi yang ada.

Meliputi segenap aspek budaya yang merangkumi seni kulinari, pemakaian, tradisi sehingga penceritaan yang memaparcan ciri sebenar jiwa Peranakan. Kempen "Baba Nyona Heritage di The Saujana Hotel KL" ini menjadi satu usaha hotel ini dalam menyantuni sebuah budaya.

Puan Jasmine Ong Li, Pengurus Besar The Saujana Hotel Kuala Lumpur berkata. "Hari ini, saya tidak hanya bersuara sebagai Pengurus Besar hotel, tetapi sebagai cucu kepada budaya yang
penuh warna ini
." Tambahnya lagi berkongsi keterujaan - "Saya masih menyimpan kebaya yang dijahit tangan oleh ‘Ah Ma’ saya, bersama batu giling pusakanya yang digunakan menyediakan rempah ratus yang menjadi rahsia turun-temurun keluarga kami."

Di bawah bimbingan PPBNKLS, pasukan kulinari hotel telah menjalani latihan intensif dalam masakan Peranakan, mempelajari teknik yang cukup rumit, pemilihan rempah ratus dan ritual yang menjadi teras masakan ini.

"Kerjasama kami dengan The Saujana berlandaskan matlamat bersama—untuk memelihara dan mengangkat warisan Peranakan demi generasi masa hadapan. Ini bukan sekadar makanan di pinggan; setiap suapan mempunyai cerita." Tambah Puan Vivienne Lee, Presiden PPBNKLS.

Sepanjang bulan Mei 2025, Restoran Charcoal dan pelbagai lokasi di seluruh resort akan menganjurkan gerakan “Baba Nyonya Heritage di The Saujana Hotel KL” yang menjadi acara yang menggabungkan penciptaan resipi lama dengan hospitaliti moden turut . Kolaborasi ini bertujuan mengiktiraf seni kulinari tempatan dan budaya Peranakan sebagai sebahagian intipati penting warisan yang ada di Malaysia.

Berlangsung meriah dengan aktiviti jualan daripada jenama tempatan seperti ManekNYa, Batik & Co., Annie Lim Jewellery dan Giddy Nyonyas. Selain itu tetamu turt dijamu dengan hidangan inspirasi menu Peranakan yang diolah kreatif pasukan kulinari daripada Restoran Chacoal, The Saujana Hotel.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down