Langgan

Perasmian Pameran Berprestij Dior yang Bertapak di Korea!

#DiorDesignerofDreams kini berada di Dongdaemun Design Plaza, Seoul dari 19 April hingga 13 Julai 2025.
1 minit untuk membaca
Published: April 27, 2025
Dior Designer of Dreams

Musée des Arts Décoratifs di Paris dan diikuti dengan pameran berprestij di kota-kota utama seperti London, Shanghai, New York, Tokyo serta Riyadh telah meraih kejayaan gemilang buat Dior. Melangkah ke hadapan, tahun ini pameran Christian Dior: Designer of Dreams memperluaskan sayapnya ke Dongdaemun Design Plaza di Seoul dari 19 April hingga 13 Julai.

Bersempena dengan pelancaran pembukaannya, rumah fesyen Dior telah meraikannya menerusi acara koktel istimewa di lokasi tersebut. Acara ini dimeriahkan dengan kehadiran duta global Dior, Jisoo dan bersama duta-duta jenama seperti Han So-Hee, Yuna Kim, MINGYU, TOMORROW X TOGETHER, Park Solomon dan pelakon Nam Joo Hyuk.

Selebriti di perasmian Christian Dior: Designer of Dreams, Korea

1. Jisoo

jisoo blackpink

2. Han So-Hee

han soo hee

3. Yuna Kim

Dior Designer of Dreams

4. MINGYU

mingyu

5. TOMORROW X TOGETHER

Dior Designer of Dreams

6. Park Solomon

Dior Designer of Dreams

7. Nam Joo Hyuk

nam joo hyuk

Pameran berprestij Dior, Designer of Dreams ini diatur dengan teliti oleh Florence Müller. Ia menjanjikan satu pengalaman yang amat mendalam, menyelusuri inti pati warisan dan keindahan seni Dior sepanjang 75 tahun kegemilangannya. Pengalaman yang memukau ini diceritakan melalui naratif scenography yang imersif, hasil rekaan luar biasa Shohei Shigematsu. Lebih menarik, mereka turut meraih peluang emas untuk berkolaborasi dengan tiga nama besar dalam dunia seni Korea – HyunJoo Kim, Soo Sunny Park dan Zadie Xa.

Selain itu, buat pertama kalinya, sebuah ruang khas Lady Dior diperkenalkan untuk mempamerkan tafsiran semula beg ikonik ini. Diilhamkan oleh seniman dari Korea Selatan, ruang eksklusif ini mengetengahkan sembilan karya Dior Lady Art dan 17 karya Lady Dior As Seen By. Ruang wangian pula dipersembahkan menerusi botol yang mempesona, potret dan gaun ikonik dipakai oleh Rihanna untuk J’adore dan Natalie Portman untuk Miss Dior.

Tiket boleh didapatkan mulai 2 April 2025 di sini.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down