Langgan

Kini Anda Boleh Uji Pendengaran Menggunakan AirPods Pro 2 dan iPhone

Teknologi yang digunakan dengan betul boleh menjadikan hidup lebih mudah diakses, inklusif dan bermakna.
2 minit untuk membaca
Published: April 23, 2025
Uji Pendengaran
Gambar: Apple

Isu kehilangan pendengaran sangat dekat di hati saya. Adik saya mengalami masalah pendengaran sejak kecil dan perlu menjalani ujian pendengaran serta memakai alat bantu dengar sepanjang hidupnya. Saya sendiri menyaksikan cabaran ini dan ketabahan yang datang bersama kondisi ini.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 1.5 bilion orang di seluruh dunia hidup dengan masalah pendengaran. Dan ia bukan sekadar soal bunyi semata-mata, kajian menunjukkan bahawa kehilangan pendengaran yang tidak dirawat boleh membawa kepada masalah seperti pengasingan sosial dan juga dementia.

Namun berita baiknya: dengan kemajuan teknologi, bantuan kini lebih mudah diakses daripada sebelumnya. Apple baru sahaja melancarkan pengalaman penjagaan pendengaran menyeluruh yang boleh diakses terus melalui AirPods Pro 2 dan iPhone atau iPad yang serasi. Ciri-ciri terbaharu ini merangkumi: ujian pendengaran klinikal yang sah, ciri alat bantu dengar tanpa preskripsi dan pengurangan bunyi kuat untuk melindungi pendengaran anda. Ini adalah kali pertama sistem sokongan pendengaran sepenuhnya berasaskan software diperkenalkan dalam peranti harian dan ia benar-benar boleh mengubah cara kita menjaga kesihatan telinga.

Uji Pendengaran
Gambar: Apple

Kenapa Ini Penting?

Kehilangan pendengaran biasanya berlaku secara perlahan-lahan. Ramai tidak menyedari yang mereka sudah pun mengalaminya sehingga mereka sukar mendengar dalam suasana bising. Ujian Pendengaran baharu dari Apple direka untuk mengesan masalah ini lebih awal.

Berdasarkan kaedah klinikal standard audiometri nada tulen, ujian ini boleh dilakukan daripada rumah anda sendiri dalam masa kira-kira lima minit sahaja, menggunakan AirPods Pro 2 dan iPhone anda. Selepas ujian, anda akan menerima ringkasan keputusan yang mudah difahami, termasuk tahap pendengaran bagi setiap telinga, klasifikasi dan saranan susulan. Anda juga akan menerima audiogram yang disimpan secara peribadi dan selamat dalam aplikasi Health dan boleh dikongsi dengan pakar perubatan. Ciri ini dibangunkan berdasarkan data dunia sebenar daripada Kajian Pendengaran Apple dan telah disahkan berbanding standard klinikal. Ketahui langkah-langkahnya di sini.

Gambar: Apple

Lindungi Telinga Anda Sebelum Terlambat

Bagi membantu mencegah kerosakan pendengaran, Apple turut memperkenalkan aplikasi Pengurangan Bunyi Kuat pada AirPods Pro 2. Sama ada anda berada di konsert atau dalam kesibukan kota, ciri ini mengurangkan bunyi bising persekitaran tanpa menjejaskan kualiti bunyi. Ia berfungsi secara automatik dalam mod Transparency dan Adaptive Audio, menggunakan cip H2 untuk mengurangkan bunyi sebanyak 48,000 kali sesaat. Kini anda boleh menikmati audio yang kaya sambil melindungi pendengaran anda.

AirPods Pro 2 Sebagai Alat Bantu Dengar?

Ciri paling menarik mungkin ialah fungsi Alat Bantu Dengar baharu—diluluskan secara klinikal untuk mereka yang mengalami kehilangan pendengaran ringan hingga sederhana. Selepas anda menjalani Ujian Pendengaran, AirPods Pro anda akan berubah menjadi peranti penguat bunyi yang disesuaikan secara real-time.

Ia melaras secara dinamik mengikut suasana sekitar dan perbualan, membantu anda kekal terlibat dan berhubung dengan orang sekeliling. Profil pendengaran peribadi anda juga digunakan secara automatik untuk muzik, panggilan telefon, filem dan permainan tanpa perlu mengubah sebarang tetapan. Anda juga boleh menggunakan audiogram daripada pakar audiologi untuk hasil yang lebih tepat.

Kajian klinikal turut menunjukkan bahawa keberkesanan ciri ini adalah setanding dengan tetapan profesional oleh pakar audiologi. Dulu, sokongan seperti ini memerlukan temujanji dan peralatan khas. Kini semuanya ada di poket anda.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down