
Memvisualkan estetika minimalis, chic dan classy dalam setiap penampilan, Eika Azam merupakan ikon fesyen bagi konsep ‘less is more’. Terokai tip fesyen eksklusif, produk kecantikan pilihannya dan banyak lagi - semuanya dikongsi khas buat anda!
Tempat, bandar atau negara yang anda ingin kujungi dan kenapa?
Africa is in my bucket list kerana I ingin merasai pengalaman safari terbuka dan melihat haiwan di depan mata.
Buku, podcast atau rancangan TV terbaru yang menarik perhatian anda?
I lebih gemar menonton siri di Netflix daripada membaca. I suka tonton semula 'Friends', 'Sex & The City' dan 'Modern Family'. I obses juga dengan podcast oleh kawan I, 'The Chic Code Podcast'. You guys perlu dengar sebab kelakar.
Apakah ritual self-care selepas seharian sibuk?
Jika I terlalu penat, I akan mengurut atau mendandan rambut di salun. Apabila di rumah, I akan pastikan untuk memakai pupur sekurang-kurangnya dua kali seminggu.


Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini?
I jarang ikut trend tapi I obses dengan segala yang berwarna burgundy gelap. Disebabkan I pemilik INREA, I sengaja reka beg dalam warna itu supaya I boleh pakai selamanya.
Adakah anda mempunyai local spot kegemaran yang sering anda lawati?
TRX adalah mall kegemaran. I akan pergi setiap minggu kerana semua jenama dan restoran kegemaran ada di sana.

Satu produk kecantikan that you can’t live without?
I can’t live without lipstick! Kombinasi gincu daripada Anastasia Beverly Hills untuk lebih tepat. Jika skincare, serum muka daripada Dior dan Murad.
Apakah comfort food yang mampu menggembirakan anda?
Sudah tentu masakan ibu, tetapi Sukiya juga antara comfort food kegemaran.

Amalan gaya hidup sihat dalam rutin harian?
Sejujurnya, I tak workout sebab jadual terlalu padat hingga kadangkala tiada masa untuk diri sendiri. Sekarang I mula suka pilates dan rancang melakukannya seminggu sekali.
Apakah tip fesyen utama anda untuk kekal bergaya?
I sentiasa mengekalkan gaya simple dan elegan kerana ia bersifat timeless dan boleh dipakai berulang kali. Pemilihan warna dan aksesori memainkan peranan. Bagi I, warna neutral dan aksesori minimal sudah cukup untuk tampak menonjol.
*Gambar: Eika Azam