Langgan

Senarai Baca Karakter Siri The White Lotus Musim Ketiga

Gelombang The White Lotus belum berhujung.
2 minit untuk membaca
Published: April 14, 2025
The White Lotus musim ketiga

The White Lotus musim ketiga mencipta fenomena tersendiri dengan rekod 6.3 Juta penonton setiap episod menjadikan musim ini antara yang paling diperkatakan. Karakter-karakter yang dipersembahkan Mike White dalam benar-benar membahas pemikiran dan sudut pandang penonton.

Saban minggu pelbagai teori dikeluarkan who's who yang akan menjadi mangsa kali ini. Tidak hanya terhenti pada plot dan perwatakan - The White Lotus musim ini menjadi tumpuan #booktokers dan #instabooks meneliti buku apa yang dibaca watak-watak ini.

Jika di musim pertama watak yang dilakonkan Sydnet Sweeney dan Brittani O'Graddy yang sentiasa memegang buku di tepi pool, di musim ketiga semua mata memandang tertumpu pada kesemua watak-watak yang rata-ratanya memiliki pilihan buku masing-masing.

Piper lakonan Sarah Catherine Hook

The Lonely City

Dalam episod awal musim ketiga ini Piper watak yang dilakonkan Sarah Catherine Hook dilihat membaca buku tulisan Olibia Laing, The Lonely City. Buku yang beredar awal pada tahun 2016 ini sebuah buku non-fiction yang membawa ilham the art of being alone dalam kehidupan moden hari ini.

Chelsea lakonan Aimee Lou Wood

The Essentials of Rumi

The White Lotus musim ketiga cukup menarik dengan kehadiran watak Chelsea lakonan Amiee Lou Wood yang cukup innocent. Bersamanya adalah buku falsafah Rumi yang dialih bahasa oleh Coleman Barks berjudul The Essentials of Rumi.

Saxon lakonan Patrick Schwarzenegger

When Things Fall Apart

Patrick Schwarzenegger menjadi tumpuan di musim ini akan kemunculan debut di skrin. Dipotretkan sebagai the bad guy di awal episod beralih menjadi the most celebrated character musim ini. When Thing Fall Apart antara bahan bacaan yang menjadi pilihan Saxon.

Jaclyn Lemon lakonan Michelle Monaghan

My Name is Barbra

Kata orang untuk mengenal karakter sebenar teman rapat bawalah mereka bercuti bersama. Dan itulah yang Jaclyn Lemon lakukan bersama dua watak lain Kate dan Laurie. Konflik tiga bersahabat ini mewarnakan musim ini dengan cerita yang lebih menarik. Sepanjang di The White Lotus, Jaclyn menghabiskan memoir My Name is Barbra.

Victoria lakonan Parker Posey

The Beautiful and Damned

Parker Posey menjadi watak yang cukup ikonik musim terbaru ini dengan accent Amerika Selatan yang dia miliki semua mata tertumpu pada karakternya. The Beautiful and Damned menjadi pilihan bacaannya di The White Lotus.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down