Langgan

Runway Recap: Dolce & Gabbana Diilhamkan Oleh ‘Cool Girls’ Untuk Pertunjukan F/W ’25

Pertunjukan runway yang diinspirasikan oleh cool girls berakhir dengan pesta tarian.
Oleh | TERJEMAHAN Sarah Hani Jamil
2 minit untuk membaca
Published: March 11, 2025

Di manakah model off-duty sekarang? Sekitar awal tahun 2010-an, dia ada di mana-mana: memakai celak yang comot, boyfriend jeans yang labuh di pinggang serta beanie dan ankle boots yang dihiasi stud. Ketika gaya jalanan menjadi fenomena global, model yang bergegas dari satu pertunjukan ke pertunjukan lain menjadi sumber inspirasi utama bagi ramai pengikut yang bergaya. Hari ini, kebanyakan tumpuan gaya itu telah beralih kepada bintang media sosial, tetapi di Minggu Fesyen Milan, Domenico Dolce dan Stefano Gabbana mengingatkan kita tentang pengaruh asal itu dengan pertunjukan musim luruh/sejuk 2025 mereka yang diinspirasikan oleh semua gadis ‘cool’ dari masa lalu.

Pada masa kini, kita begitu teruja menaburkan istilah ‘hot girl’ pada hampir segala-galanya sehingga kita hampir terlupa akan kuasa menjadi ‘cool.’ Sukar untuk ditakrifkan, tetapi seperti kata orang, you know it when you see it, dan pemilihan model kali ini dipenuhi wanita yang benar-benar memancarkan aura itu, menjadikannya lebih nyata.

Pertunjukan dibuka dengan video Vittoria Ceretti, gadis cool sejati, menjalani rutin hariannya dengan gaya bersahaja. Kemudian, sekumpulan model termasuk Amelia Gray dan Irina Shayk melangkah penuh yakin di atas pentas peragaan, sebelum meneruskan langkah ke jalanan Milan di mana orang ramai bersorak dan menyaksikan pertunjukan sambil Victoria De Angelis daripada Måneskin menjadi DJ. Setiap penampilan menampilkan gaya model-off-duty yang tampak effortless: seluar kargo yang longgar, kot kulit, jersi bersaiz besar, but paras lutut dan denim yang koyak.

Tetapi kerana ini adalah pertunjukan Dolce, sentuhan Sicily yang penuh sensual pastinya tidak ketinggalan: renda hitam yang halus, elemen pakaian dalam yang menggoda, cetakan harimau bintang yang berani dan perincian mewah yang memikat mata. Perarakan model dalam cermin mata hitam bersaiz besar membuka jalan kepada penutup bertemakan eveningwear, membuktikan kebangkitan era 1920-an berterusan. Bayangkan: gaun flapper berjumbai, gaun see-through yang dipadankan dengan pakaian dalam minimalis, dress mini bertatahkan batu permata dan skirt bulu dipadankan dengan mesh top yang edgy. Pentas peragaan Dolce & Gabbana diakhiri dengan pesta tarian Italian-style — penuh pesona dan kebebasan.

Artikel asal daripada ELLE US.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down