Langgan

Polo Play Ralph Lauren Bangkit Keterujaan Diri & Ideogram Optimis

Polo Play Ralph Lauren, aksesori mesti ada musim ini!
1 minit untuk membaca
Published: March 3, 2025

Polo Ralph Lauren mengajak kita untuk tidak menagak hidup dan beransur ke alam gempita berisi keterujaan, semangat optimis – merenda naratif itu menerusi himpunan beg Polo Play yang diperkenalkan kepada kita ketika musim bunga 2025. 

polo play

Kata Carl Sandburg, “Saat ini anda perlu menjadi orang yang optimis, iaitu dengan membuka mata pada pagi hari.” Keistimewaan berharga yang seharusnya lekas dirangkul, membungai hidup. Hilang rasa terbata-bata, biar bersenandung ria menikmati detik hayat. Itulah kefalsafahan Polo Ralph Lauren – dalam memperkenalkan barisan rangkaian beg baharunya musim bunga 2025 kali ini, yakni beg Polo Play!

Polo Ralph Lauren umpama menjadikan rangkaian beg Polo Play seperti satu sarana untuk menyampaikan rasa keriangan serta optimis itu. Bentuk rekaan-rekaan begnya mudah, diatur seiring lagi dengan palet rona terang bertenaga seperti biru, hijau, kuning, jingga, merah dan banyak lagi yang membayangkan rasa gembira. Logo stamp berona kontra menyempurnakan feature pada setiap beg Polo Play, sebagai simbol penghargaan buat warisan jenama dan mengingatkan kita pada kemeja polo ikonik Polo Ralph Lauren

polo play

Aspek kefungsian beg ini juga straightforward, sealiran dengan siluet ringkasnya. Ruang dalaman begnya lapang – seperti beg tote dan mini crossbody – lantas membuatkan ia versatile dari segi penggayaan serta cara membawanya. Menyentuh tentang material pula, rangkaian Polo Play menggunakan material kulit Itali dengan kemasan pebble dan juga material kanvas untuk penampilan kasual. 

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down