Langgan

Filem Wajib Tonton Sepanjang Bulan Oktober

ELLE menyanaraikan filem-filem di pawagam yang wajib anda tonton sepanjang Oktober
2 minit untuk membaca
Published: October 17, 2024
SMILE 2 © Paramount Pictures / Courtesy Everett Collection

Keterujaan menikmati filem di pawagam pasti tidak akan sama seperti menonton di rumah. ELLE mahu mencadangkan anda senarai filem yang wajib anda tonton sepanjang bulan ini. Sama ada anda mahukan drama, kisah cinta, muzik dan seram - semuanya di pawagam sepanjang bulan ini.

We Live In Time

Filem lakonan Florence Pugh dan Andrew Garfield ini membawakan kisah cinta tak dirancang. Watak Almut dan Tobias dipertemukan dalam satu satira yang turun naik ikatan perhubungannya diuji waktu. Kisah cinta ini antara yang digarap cukup menarik untuk menjadi pilihan tontonan pasangan bercinta.

Joker: Folie À Deux

Biar banyak review buruk tentang filem ini sudah dikongsikan, apa kata anda menyaksikan dan menilai sendiri sekuel Joker arahan Todd Phillips ini. Menyatukan Lady Gaga dan Joaquin Phoenix buat pertama kali di layar lebar, filem ini bergerak dengan naratif muzikal yang disatukan dengankisah gelap Joker.

Woman of the Hour

Anna Kendrick kembali ke layar lebar dengan sebuah filem drama berjudul "Woman of the Hour" arahannya sendiri. Diinspirasikan daripada kisah nyata pada era 70-an, filem ini membawa penonton pada kisah pembunuh bernama Rodney Alcala yang sedang melalui misi pembunuhan beramai-ramai yang dirancang.

Smile 2

Peminat filem seram thriller pasti menantikan kelangsungan premis filem Smile ini. Kali ini membawa kisah penyanyi pop terkenal bernama Skye Riley tertekan dek misteri yang berlaku dalam kehidupannya yang penuh dan terperangkap dengan masa lalunya yang gelap untuk mengawal semula hidupnya.

All Access to Rossa 25 Shining Years

Our cover girl bulan ini, Rossa memberi keterujaan buat peminatnya dengan dokumentari All Access to 25 Shining Years. Filem yang membawa penonton pada susur galur susah senang Rossa sepanjang 25 tahun menjadi penghibur ini bermula tayangan pada 18 Oktober. Jangan lepaskan peluang untuk kisah penuh air mata dan cerita-cerita bahagia Rossa.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down