Langgan

Siapakah Yang Tercantik di Grammys 2025 Pilihan ELLE?

Begitu ramai yang hadir ke Grammys 2025 dengan penampilan mekap serta dandanan rambut memukau dan kreatif. Siapakah yang tercantik pilihan ELLE?
2 minit untuk membaca
Published: February 3, 2025

Kehangatan cukup terasa apabila barisan selebriti yang menghadiri anugerah berprestij Grammys yang ke-67 ini tampil dengan gaya yang cukup mempesona. Sudah tentu, mata kami berpaling pada yang hadir dengan solekan dan dandanan paling memesona. Chappell Roan memukau dengan penampilan kreatifnya. Manakala Lady Gaga juga Gracie Abrams yang tampil anggun menawan segar di karpet merah, ayuh lihat senarai yang tercantik di Grammys 2025!

Selebriti Paling Cantik di Grammys 2025 Pilihan ELLE

1) Lady Gaga

grammys 2025

Gambar: Instagram ELLE US

Satu perkataan yang boleh digambarkan tentang gaya Lady Gaga di karpet merah ini sudah tentu, fresh! Kami paling sukakan gaya rambut wanita ini. Mungkin kerana kesinambungan album baharunya, Mayhem, yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, Lady Gaga tampil dengan gaya yang seiiring dengan tema album barunya itu. Berinspirasikan gaya Gothic, Gaga tampil dengan kening yang diluntur, rona rambut hitam berserta baby bangs! So cool!

2) Gracie Abrams

grammys 2025

Gambar: Instagram Bobby Eliot

Bagaikan puteri yang suci, kami sukakan gaya penampilan Gracie di karpet merah anugerah Grammys 2025 ini! Melihat pada foto yang dimuat naik jurusoleknya, Emily Cheng, wajah Gracie disolek sepenuhnya menggunakan produk Hourglass Cosmetics. Manakala gaya rambut bobnya didandan sleek, sangat effortless!

3) Chappell Roan

Gambar: Instagram ELLE US

Popular dengan stail solekan inspirasi drag queen, penampilan wanita ini tidak boleh disangkal lagi. Sentiasa memberikan yang terbaik. Solekan daripada palet rona kuning dan biru menguasai keseluruhan looknya. Manakala aksesori rambut pula dihiasi dengan simbahan rona ombre. Sangat vintaj dan dalam pada masa yang sama, cukup elegan walaupun overall look agak tidak serasi, itu yang membuatkan dia kelihatan menyerlah pada malam itu.

4) Sabrina Carpenter

Gambar: Instagram ELLE US

Boleh dikatakan malam anugerah Grammys 2025 ini, banyak mata yang menumpu pada penyanyi ini. Sabrina Carpenter, she's gorgeous! Selalu dilihat tampil dengan gaya rambut lepas, kali ini Sabrina tampil dengan dandanan updo glamor pada kemunculannya di karpet merah. Kami dapat rasakan aura Old Hollywood itu pada wanita ini. Solekan pula as usual dengan gaya signaturnya, sangat chic dan flirty di mana pipinya dilayangkan pembayang merah tebal bersama solekan bibir yang seksi (lip liner rona coklat, we love it!)

5) Doechii

grammys 2025

Gambar: Instagram ELLE US

Nama yang mendapat perhatian ramai, Doechii, tampil cukup fresh dengan gaya penampilannya untuk karpet merah Grammys 2025. Mengenakan dandanan cornrows yang fun dan penuh berseni dipadu bersama finger waves yang digayakan oleh Malcolm Marquez. Matanya pula disolek smoky hitam memberikan suntikan glamor pada aura penampilannya yang segar itu!

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down