Bulan September yang lalu menyaksikan perayaan sambutan ulang tahun ke-5 rangkaian "SUBLIMIC" daripada jenama penjagaan rambut dan kulit kepala premium buat salon, Shiseido Professional. Bersempena ulang tahun ini juga, Shiseido Professional memilih untuk menyegarkan kembali dan memberi wajah baru kepada logo juga visual bagi mempertingkatkan lagi perkongsian mesej yang ingin disampaikan kepada orang ramai di luar sana iaitu, "BEAUTY POWERED FROM WITHIN".
Buat yang belum mengetahui dengan lebih mendalam tentang rangkaian "SUBLIMIC" ini, ia adalah sebuah rangkaian yang membantu mempertingkatkan lagi kadar kekuatan rambut anda. Teknologi yang cukup inovatif ini mampu merawat setiap masalah rambut dan kulit kepala serta langsung mengembalikan keserian dan hasil yang lebih sihat.
Shiseido Professional sekali lagi membangkitkan fenomena luar biasa dalam menghasilkan produk dan rangkaian penjagaan rambut yang terbaik dan premium. Di dalam "SUBLIMIC" ini sendiri dirangka dengan teknologi terbaik dalam memberi solusi pada setiap jenis permasalahan rambut dan kulit kepala. Daripada masalah seperti kulit kepala kering, berminyak serta berfungsi 360 darjah dalam menjaga, merawat serta mengembalikan setiap bentuk helaian rambut menjadi lebih lembut dan kemudian menjadikan hasil rambut berseri.
"SUBLIMIC" Menyambut Ulang Tahun ke-5 Serta Melancarkan Advent Calendar Pertama!
Istimewa tahun ini, bersempena ulang tahun yang ke-5, Shiseido Professional bersama "SUBLIMIC" telah membina stor Sublimic Pop-Up di Pavilion KL bermula 4 hingga 10 November ini bagi para pengunjung serta peminat kecantikan untuk mendalami lebih mendalam lagi tentang jenama dan rangkaian ini.
Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di stor pop-up ini antaranya seperti sesi konsultasi kulit kepala secara percuma serta aktiviti melukis di atas beg. Bukan itu sahaja, di sini, para pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri dengan lebih dekat lagi tentang inovasi serta ketukangan terkini jenama ini.
Lebih menarik, buat pertama kalinya bersempena ulang tahun ini, "SUBLIMIC" melancarkan Advent Calendar edisi terhad! Koleksi edisi terhad unik ini boleh didapati di stor pop-up ini secara eksklusif dengan pembelian tertentu.
Tidak lengkap koleksi hujung tahun anda jika tidak mendapatkan advent calendar edisi terhad ini. Di dalam koleksi ini, anda bakal menerima lima jenis produk penjagaan rambut esensi yang memiliki manfaat luar biasa serta cukup versatil buat semua jenis rambut. Koleksi mini ini sesuai buat anda yang gemar mengembara atau juga buat anda yang ingin meneroka dengan lebih mendalam lagi tentang formula hebat rangkaian "SUBLIMIC".
Untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang Shiseido Professional dan "SUBLIMIC", jangan lupa untuk ikuti akaun sosial jenama ini di Instagram: @shiseidopro_malaysia atau juga boleh lawati laman sesawang rasmi mereka di sini.