Langgan

Pilihan Selebriti Hollywood, MDSUN Skin Care Buka Stor Flagship Pertama di Malaysia

Berita baik buat anda yang mahukan kulit wajah sihat, jenama penjagaan kulit berasaskan sains, MDSUN Skin Care, kini membuka stor flagship pertamanya di Malaysia.
1 minit untuk membaca
Published: February 15, 2025

Berita baik buat anda yang mahukan kulit wajah sihat, jenama penjagaan kulit berasaskan sains, MDSUN Skin Care, kini membuka stor flagship pertamanya di Malaysia. Buat yang belum mengenali jenama ini, ia adalah jenama penjagaan kulit popular dari Amerika Syarikat yang diasaskan oleh pakar bedah plastik terkemuka, Dr. George Sun pada tahun 2001.

Dan buat julung kalinya, jenama ini melebarkan sayapnya ke Malaysia dan memilih Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama. Lebih istimewa lagi, bagi meraikan majlis pembukaan, Ketua Pegawai Eksekutif Global dan Pengasas Bersama MDSUN Skin Care, Zehra Sun, telah hadir menyerikan suasana. Turut memberi penghormatan, majlis dihadiri Y.M Tengku Dato' Dr Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, Che Puan Juliana Sophie Binti Johari Evans serta selebriti chef Malaysia, Dato’ Chef Wan.

Serba meriah, stor flagship MDSUN Skin Care di Pavilion Damansara Heights ini menjanjikan pengalaman membeli- belah yang istimewa, sesi konsultasi penjagaan kulit secara peribadi, paparan produk interaktif serta promosi eksklusif buat para peminat kecantikan.


“Kami teruja untuk memperkenalkan produk-produk MDSUN Skin Care ke pasaran Malaysia. Ia diformulasi dengan bersungguh-sungguh, menggunakan kepakaran perubatan kulit dan pengalaman luas dalam penyelidikan dermatologi hasil gabungan sains dan bahan-bahan semula jadi.
Dengan rutin penjagaan kulit yang tepat, impian untuk memiliki kulit sihat dan cantik sepanjang hayat pasti menjadi kenyataan. Inilah komitmen kami sejak ditubuhkan sehingga sekarang serta menjadi kegemaran ramai pengguna terdiri jelitawan serta selebriti A-List di Hollywood,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Global MDSUN Skin Care, Zehra Sun.


Sempena pembukaan flagship store pertama ini, MDSUN Skin Care menjemput pengguna setianya iaitu Chef Selebriti, Dato' Chef Wan untuk berkongsi pengalaman. Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Ratu Jazz Malaysia, Noryn Aziz.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down