Langgan

"Growth Factor" Mampu Ubah Permainan Antipenuaan!

Apa itu growth factor dalam penjagaan kulit wajah? Bagaimana serum GF 15% Solution terkini daripada The Ordinary mampu melawan kulit menua?
3 minit untuk membaca
Published: April 20, 2025

Apa itu growth factor dalam penjagaan kulit wajah? Bagaimana serum GF 15% Solution terkini daripada The Ordinary mampu melawan kulit menua? Bersama Rita Silva, Pengurus Kanan, Komunikasi Saintifik dan Penglibatan Jenama, DECIEM menjawab persoalan cantik ini.

growth factor

1. Bolehkah anda terangkan apa itu faktor pertumbuhan (growth factor) dan bagaimana ia memainkan peranan dalam melawan kesan penuaan?

Dalam tubuh, growth factor adalah molekul isyarat yang membantu mengaktifkan mekanisme pembaikan semula jadi kulit. Seiring dengan usia, kandungan faktor pertumbuhan semula jadi kulit akan berkurangan dan boleh menyebabkan tekstur kulit menjadi tidak sekata dan tanda-tanda penuaan mula kelihatan seperti kedutan serta hilang keanjalan. Sama seperti peptida, faktor pertumbuhan adalah rantai asid amino yang dihasilkan secara semula jadi oleh sel kulit kita, dengan setiap satu mempunyai set fungsinya tersendiri. 

GF 15% Solution mengandungi 15 peratus solusi peptida Epidermal Growth Factor (EGF), Transforming Growth Factor (TGF) dan Insulin-like Growth Factor (IGF) yang berasal daripada tumbuhan dan biomimetik. Ini menawarkan pendekatan tindakan tiga kali ganda buat manfaat pembaharuan kulit jangka pendek, sederhana dan panjang. Solusi TGF meningkatkan integriti kulit dengan menyokong kolagen semula jadi untuk mengurangkan garis dan kedutan yang kelihatan, sambil menganjalkan kulit serta meratakan tekstur kulit. Kompleks EGF membantu menyokong elastin semula jadi kulit dan proses pembaharuan kulit, menyasar penampilan kedutan. Manakala Kompleks IGF membantu memperbaharui penampilan kulit dengan menyokong ketumpatan kulit dan mengurangkan kedutan.

2. Bolehkah anda ceritakan tentang The Ordinary GF 15% Solution ini? Apakah manfaat yang ditawarkannya dan bagaimana ia membantu dalam mengatasi tanda-tanda penuaan?

GF 15% Solution membantu mengurangkan dan membaiki kerosakan kulit untuk memperbaharui penampilan kulit yang menua di seluruh muka dan leher. Dalam kajian klinikal melibatkan 42 wanita, formula ini terbukti dapat melicinkan dan mencerahkan kulit dengan segera, mengurangkan kedutan yang kelihatan dalam masa 1 minggu, serta mengetatkan dan mengangkat kulit muka dan leher dalam masa 4 minggu. Selain itu, produk ini memberikan sokongan kepada penghalang kulit, untuk kulit yang lebih kuat dan tahan lasak dengan satu penggunaan.

3. Apakah yang membezakan growth factor daripada bahan anti-penuaan lain yang terdapat dalam penjagaan kulit antipenuaan kini?

Growth factor ini adalah merupakan sebuah bahan yang sangat lembut namun mampu memberikan hasil yang hebat dan ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk mereka yang memiliki kulit sensitif. Walaupun bahan lain juga hebat seperti retinoid, tetapi ia mungkin boleh menyebabkan kekeringan dan kerengsaan, intipati faktor pertumbuhan ini amat lembut, menjadikannya sangat serba boleh dan boleh dipakai dua kali sehari. Ia juga merupakan pencapaian luar biasa dalam sains penjagaan kulit, walaupun ia adalah peptida secara struktur, ia merupakan kelas peptida biomimetik dalam tubuh, terlibat dalam mekanisme pembaikan semula jadi. Anggaplah ia seperti sebuah kumpulan perbincangan kulit anda, menyelaras mekanisme penting yang akan mengatasi kesan kerosakan kulit, yang boleh berlaku setiap hari apabila kita terdedah kepada tekanan luar, seperti pencemaran dan cahaya UV.

Tentang The Ordinary GF 15% Solution

growth factor

The Ordinary GF 15% Solution RM95

Serum ini sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin memulakan rutin penjagaan anti-penuaan. Bukan itu sahaja, GF 15% Solution ini juga boleh digunakan pada waktu pagi dan malam. Namun, memandangkan ia adalah sejenis peptida, adalah disyorkan untuk tidak menggunakannya bersama produk yang mengandungi asid pengelupasan atau vitamin C tulen dalam rutin yang sama.

Melalui gabungan bahan-bahan inovatif yang diperkatakan tadi menerusi temubual bersama Rita Silva, misi utama The Ordinary ialah untuk menawarkan fungsi serta produk pada harga yang berpatutan. Maka, mereka memperkenalkan serum yang memanfaatkan ramuan sokongan antipenuaan bagi menyokong proses pemulihan semula jadi kulit.

Hasilnya, dengan serum GF 15% Solution ini, ia mampu menjana semula penampilan kulit yang menua, mengurangkan penampilan garis halus serta kedutan, menegangkan wajah dan leher serta menjadikan kulit wajah lebih licin.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down