Langgan

Bella Dowanna Meniti Kedewasaan

Beriring usia dan pengalaman, Bella Dowanna menginjak kedewasaan
5 minit untuk membaca
Published: March 17, 2025
Temu bual: Hafizan Mohd / Penyelaras: Ardi Idewani / Gambar: Edmund Lee / Arahan Seni: Mahirah Nadzlim / Penataan Gaya: Ardi Idewani & Athirah Zahra Pengarah Digital: Sri Azni/ Pelatih Amali: Nurhani Natasha / Pakaian: UNIQLO C Musim Bunga/Panas 2025

Mula menceburkan diri dalam bidang showbiz seawal usia enam tahun, Bella Dowanna tidak menoleh ke belakang. Diterajui dengan sepenuh minat dan daya – dia bersiap meniti kedewasaan sebagai bakat pelapis.

Jika diperhatikan bakat kanak-kanak tempatan yang menginjak dewasa cukup ramai sebetulnya. Puteri Balqis, Naim Daniel, Aedy Ashraf dan Fimie Don antara yang sudah meniti kedewasaan ini. Cabaran untuk meneruskan cabang kerjaya dalam bidang ini dengan persepsi orang luar dan juga orang industri itu satu hal yang harus bakat-bakat ini lalui.

Bella Dowanna satu daripada yang sedang melalui transisi ini. Memulakan perjalanan bekerja di hadapan kamera pada usia muda tidak pernah membuatkan Bella patah semangat dalam meneruskan apa yang sudah diusahakan sehingga hari ini. Pesona child actor yang ada padanya tidak lekang di usia 21 tahun dan sejujurnya masih banyak hal yang mahu dia kongsikan untuk tatapan umum akan bakatnya yang ada.

Cukup ramah di set dengan tawa besarnya, Bella Dowanna memiliki personaliti yang cukup mudah didekati. ELLE bertemu santai dengan gadis berusia 21 tahun ini mencari tahu apa lagi yang ada di sudut memori dan fikirannya yang mampu ditelusuri.

ELLE: Bella sudah mula melibatkan diri dalam bidang lakonan sejak kecil. Ada apa dengan bidang ini yang sebenarnya menarik minat Bella?

Bella Dowanna: Bella rasa pengalaman. Itu perkara yang paling membuatkan Bella rasa menarik. Sebab bukan apa, bagi Bella tak ramai yang seusia Bella mampu memiliki pengalaman serupa apa yang Bella ada hari ini. Satu lagi Bella sentiasa mencari peluang untuk dapatkan peluang untuk melakonkan watak yang Bella tak pernah lagi buat. 

E: Dalam transisi bakat kanak-kanak ke remaja dan menuju kedewasaan hari ini. Bella ada cita-cita lain atau lakonan memang tujuan?

BD: Ada. Bella sebenarnya nak jadi pilot tapi belum ada peluang ke arah itu. Cuma hari tu Bella ada sambung study dalam culinary art tapi itulah disebabkan faktor masa Bella stop sekejap. Jadual berlakon tak mengizin buat masa ini tapi Insya-Allah Bella akan sambung balik.

E: Macam mana boleh ada minat nak jadi pilot?

BD: Bella rasa mungkin sebab Bella suka travel satu lagi Bella suka uniform dia. Satu lagi bidang aviation tak banyak perempuan yang jadi pilot. So Bella rasa Bella nak jadi one of the women making history.

E: Hari ini pelakon baru datang silih berganti. Untuk kekalkan momentum tawaran kerja itu menjadi cabaran saya kira. Apa yang Bella lakukan untuk momentum kerja itu sentiasa ada?

BD: Susah juga sebenarnya sebab memang betul, bakat baru akan sentiasa ada. Jadi Bella rasa apa yang penting untuk Bella sekarang adalah untuk kekalkan relationship dengan orang yang betul dalam industri supaya Bella sentiasa boleh cari peluang-peluang baru. Tapi apa yang lagi penting adalah untuk kekalkan existence Bella dalam social media. Untuk ada presence yang betul untuk orang ingat Bella still active.

E: Sejauh ini Bella rasa perjalanan yang disusun mudah atau susah? 

BD: Tidaklah kata susah sangat sebab tawaran sentiasa ada cuma kadang bergantung faktor masa. Setakat ini bagi Bella semuanya masih okey.

E: Tawaran bagaimana yang Bella harapkan sekarang?

BD: Sejujurnya pabila bercakap tentang tawaran, Bella terbuka. Cuma kalau boleh pabila umur pun dah menginjak dewasa ni, Bella rasa Bella dah ready untuk dicabar dengan watak-watak yang yang lebih berat. 

E: Apa yang Bella nak achieve pada kitaran usia 20-an?

BD: Bella nak jadi superstarAt the same time Bella tetap berharap dapat terlibat dengan lebih lagi produksi filem dan mana tahu boleh menang award satu hari nanti. Itu apa yang Bella angan-angankan. Hopefully one day ada rezeki boleh jadi kenyataan.

E: Saya ada terbaca satu temu bual yang Bella mengagumi Nabila Huda. Boleh saya tahu kenapa?

BD: She’s a legend. Bella rasa dia pelakon yang sangat versatile. Bagilah apa pun watak dia mesti boleh bagi lebih daripada apa yang kita expectFun Fact: masa Bella dapat offer berlakon filem M4M4 dulu, Bella bersetuju tanpa tahu pun jalan cerita atau skrip filem tu. Tapi disebabkan Bella tahu Nabila yang berlakon sebagai watak utama Bella terus say yes.

E: Bercakap tentang filem M4M4, watak dalam filem tersebut agak berat. Apa yang Bella belajar daripada situ?

BD: Bella realize yang Bella boleh sebenarnya bawa watak yang karakternya berat dan Bella sangat looking forward untuk mendapat lagi peluang membawakan karakter yang begini. 

E: Selain lakonan ada lagi bidang yang Bella mahu teroka?

BD: Rasanya kalau ada peluang Bella nak explore cara nak anjurkan konsert. Bella jenis kalau minat satu-satu perkara tu Bella ada rasa nak tahu macam mana nak hasilkan benda tu. Macam konsert sebab Bella suka pergi tengok konsert dan Bella curious macam mana orang boleh organize konsert yang sangat berjaya. So mungkin itu bidang yang Bella nak cuba in future.

E: Bella suka menonton cerita yang macam mana?

BD: Bella suka romantic comedy. Dulu Bella suka horror tapi sekarang Bella memang tak boleh tengok cerita hantu. Semuanya sebab filem Vina: Sebelum 7 Hari – cerita tu buat Bella takut sampai demam. Ada satu original clip dalam filem itu yang roh masuk badan watak utama, oh disebabkan babak tu Bella dah tak tengok cerita seram. Tak tahulah kenapa sampai terbawa-bawa but maybe part of it Bella rasa sebab beberapa adegan dalam filem itu sama dengan apa yang Bella buat dalam filem M4M4.

E: Kalau ada tawaran filem seram lagi?

BD: Buat masa ni belum boleh lagi tapi tegok nanti in future kalau Bella dah rasa okey Bella akan cuba. But for now tak lah haha…

E: Bella layan K-Drama?

BD: Bella memang layan K-drama dan Soon Joong-Ki is my all-time favourite. Walaupun dia tengah ada kontroversi tapi tak apa sebab Bella suka bakat dia. Kalau drama Bella paling suka Prison Playbook.

E: Sebagai millennial saya melihat banyak generasi Bella yang sudah mengahdapi depression pada usia muda sampai kena jumpa therapist dan rawatan. Untuk Bella sendiri pernah face that phase?

BD: Alhamdulillah tak ada tapi kalau risau and overthinking tu kadang ada. Cuma bukanlah sampai tahap depression

E: Kalau stres, normally how Bella handle situation tu?

BD: Kalau masa stres tu ada duit, shopping jawapannya (tertawa besar) kadang-kadanglah. Tapi Bella bukan jenis shopping barang mahal. Kadang macam teringin nak makan something yang kitab oleh beli masa ada duit lebih so Bella akan splurge on that

E: Kita bercakap pasal duit, Bella dah bekerja sejak kecil, of course Bella dah biasa ada duit sendiri. Ada pressure tak kalau tak ada job dan tak ada duit?

BD: Pressure tu ada, especially sekarang Bella memang dah mula tampung dan uruskan keluarga. Sebagai anak sulung Bella ada tanggungjawab untuk adik-adik bawa Bella. Sorang dekat Australia baru sambung belajar dan Bella ada seorang lagi adik bongsu yang masih bersekolah. Jadi Bella memang kena ada kerja untuk kelangsungan hidup. 

E: Macam mana Bella make sure momentum kerja sentiasa ada?

BD: Kempen sosial media dengan different brands banyak membantu Bella untuk back up kalau tak ada job berlakon. Disebabkan itu juga Bella dah start nak buat event untuk jana income lain. Ada juga orang suggestBella buat bisnes tapi Bella rasa Bella belum sedia lagi untuk ke arah itu. 

Pada usia yang sangat muda Bella Dowanna meniti kedewasaan dengan penuh kematangan. Tidak pernah mempersoalkan jauh mengeluh dengan apa yang harus dilalui, Bella masih berharap pada peluang-peluang yang besar datang padanya. Dan apa yang pasti keterbukaannya dengan peluang yang datang akan membawa perjalanan yang lebih panjang dan bermakna baginya.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down