Langgan

Senarai ATM Untuk Anda Tukar Duit Raya Tahun Ini!

Persiapan Hari Raya lebih mudah dan cepat dengan kemudahan tukar duit raya di ATM
2 minit untuk membaca
Published: March 26, 2025

Di musim perayaan ini, ramai yang ingin menukar wang kertas baru untuk diberikan sebagai duit raya kepada ahli keluarga dan kawan-kawan. Terdapat beberapa bank di Malaysia yang menyediakan kemudahan ini melalui ATM terpilih bagi memudahkan ramai orang tanpa perlu beratur di kaunter. Jom lihat senarai ATM yang boleh digunakan untuk menukar duit raya.

Maybank

Maybank menyediakan ATM khas yang membolehkan pelanggan mengeluarkan wang kertas baru dan Maybank mempunyai had pengeluaran transaksi iaitu maksimum RM300

Antara lokasi ATM Maybank terpilih:

  • Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
  • KLCC Lumpur
  • Mont Kiara Kuala Lumpur
  • Subang Jaya Selangor
  • Sungai Buloh Selangor

Layari laman rasmi Maybank untuk ketahui maklumat lebih lanjut

CIMB

Menawarkan perkhidmatan tukar duit raya melalui ATM terpilih dengan mesin yang menyediakan wang kertas RM10 dan RM50. Untuk transaksi ini hanya daripada 17 – 31 Mac 2025.

Antara lokasi ATM CIMB terpilih:

  • Plaza Azalea Shah Alam
  • Menara CIMB KL Sentral
  • Cyberjaya Selangor
  • Taman Seri Gombak Batu Caves
  • Sungai Besi Kuala Lumpur

Layari laman rasmi CIMB untuk ketahui maklumat lebih lanjut

Affin Bank

Anda boleh menukar duit raya anda di 230 cawangan Affin Bank dan Affin Islamic di seluruh negara. Perkhidmatan ini disediakan sehingga stok wang kertas baru habis.​

Antara lokasi ATM Affin Bank terpilih:

  • Desa Park City Kuala Lumpur
  • TRX Kuala Lumpur
  • Presint 15 Putrajaya
  • Kota Kemuning Selangor
  • Kota Damansara Selangor

Layari laman rasmi Affin Bank untuk ketahui maklumat lebih lanjut

Bank Islam

Bank Islam menawarkan wang kertas baru dalam denominasi RM10, RM20 dan RM50 melalui ATM terpilih dan boleh juga dilakukan secara dalam talian

Antara lokasi ATM Bank Islam terpilih:

  • Menara Bank Islam Kuala Lumpur
  • Seksyen 18 Shah Alam
  • Taman Melawati Kuala Lumpur
  • Kajang Selangor

Layari laman rasmi Bank Islam untuk ketahui maklumat lebih lanjut

Selain bank-bank diatas, beberapa bank lain seperti RHB Bank, Hong Leong Bank dan Public Bank turut menyediakan perkhidmatan tukar duit raya melalui ATM mereka. Anda boleh kunjungi cawangan terpilih di lokasi yang telah ditetapkan untuk menukar duit raya.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down