Langgan

Penyatuan Impian Dalam Rekaan

Kolaborasi Alia Bastamam bersama Furniture and Choice Malaysia.
2 minit untuk membaca
Published: March 6, 2025
Alia Bastamam

Alia Bastamam menjadi salah satu pereka fesyen tempatan yang telah melalui satu transisi cukup besar dalam kariernya. Tahun ini dia bertumbuh sebagai seorang pereka fesyen yang semakin diyakini rekaannya dan hasil kerja yang cukup berkualiti menerusi koleksi Eid / Resort 2025.

Eksplorasi ilham keanggunan ini menjemput anda ke ruang kreatifnya yang cukup berjiwa halus. Koleksi musim ini mewakili suara wanita moden yang sentiasa mahu ke hadapan dengan kekuatan juga dengan sesuatu yang menyenangkan. Koleksi yang pastinya menyerlahkan sisi peribadi menerusi potongan, perincian rekaan sehingga struktur yang dirangka - semuanya meliputi satu landskap yang menyeimbangi kekuatan dalaman dan menyerlahkan individualiti.

Sebanyak 36 gaya tersedia tahun ini mencipta sesuatu yang cukup harmoni, ketelitian pembuatan, tekstur mewah dalam pilihan rona bumi yang disatukan dengan asas putih. Hal ini menciptakan siluet yang membebaskan ilham dalam kreativiti rekaan. Sambutan perayaan tahun ini membawakan anda pada sebuah keraian yang mendamaikan dengan gaya yang lestari.

Koleksi Ariya

PENGGAYAAN MELIPUTI FUNGSI

Meneruskan kelangsungan kreatifnya, Alia Bastamam bekerjasama dengan Furniture And Choice Malaysia (FCM) dengan memperkenalkan koleksi kapsul yang sinonim dengan identiti rekaannya iaitu pleats.

Kolaborasi ini menghubungkan keanggunan dan fungsi dalam rekaan yang menyatukan dua entiti menyatu dalam sebuah dedikasi rekaan dan seni dalam penghasilan. Apa yang ditawarkan tidak hanya gaya terkini tetapi juga fungsi sebenar penggunaannya. Ia lengkap sebagai satu gaya hidup yang melengkapi kehendak dan keperluan.

Howard Obbard, Pengasas Bersama dan Pengarah FCM memberitahu “Kerjasama dengan Alia Bastamam menjadi satu pengalaman yang menakjubkan. Ia menyatukan identiti rekaan dengan kepakaran rekaan perabot kami.” Tambahnya lagi, “Kolaborasi ini juga merupakan satu permulaan bagi kelangsungan kreativiti dan kami teruja untuk meneruskan inovasi dalam rekaan.”

Bagi Alia Bastamam pula kolaborasi ini menjadi proses kreatif yang baik untuknya. “Setiap satu rekaan dalam koleksi ini dihasilkan bagi menciptakan kemewahan dan pada masa yang sama masih santai. Misi utamanya adalah untuk menyatukan fesyen dengan fungsi sebaiknya tidak hanya menciptakan kediaman yang moden tetapi juga penekanan pada ruang yang kreatif.”

Dilancarkan seiring dengan koleksi Eid / Resort 2025, rangkaian perabot yang diperkenalkan berhubung rapat dengan gaya individual dan pada masa yang sama mengekalkan estetika pada rekaan dalaman. Sempurna dalam menyerlahkan kediaman yang didamba penuh sofistikated.

Koleksi Amaya

KOLEKSI ELEGAN & SOFISTIKATED

Koleksi Eid / Resort 2025 menyatukan ilham yang cuku mewah dan menurut Alia koleksi ini menekankan ilham kemewahan dan keselesaan. Identiti pada rekaan yang sering bermain dengan fabrik lipatan diinspirasikan daripada rentak alam - satu formasi baru melalui prinsip rekaan iaitu draping, pinching dan twisting.

Koleksi Amaya memberi sentuhan sofistikated dengan rekaan sculptural curve. Dibaluti material baldu menyatukan keselesaan dengan nilai rekaan yang cukup timeless. Manakala bagi koleksi Ariya pula tampil lebih elegan bersahaja. Kusyen lembut dengan rekaan moden menciptakan sesuatu yang moden dan selesa.

Apa yang ditawarkan bagi koleksi ini adalah singature rekaan Alia Bastamam yang disatukan dengan fungsi juga kepenggunaan sofa daripada Furniture And Choice Malaysia. Menghasilkan sesuatu yang mewah, elegan dan cukup selesa. Siluet moden dengan hasil kerja tangan yang kemas memberikan sesuatu yang lestari.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down