Guardian Malaysia telah melancarkan inovasi terbarunya dalam penglibatan pelanggan – MYguardian Rewards, sebuah program kesetiaan digital serba lengkap yang boleh diakses melalui aplikasi guardianMY dan telah menganjurkan acara istimewa MYguardian Rewards Fiesta di TRX, Kuala Lumpur.

Sejak pelancaran awalnya pada Mac lalu, MYguardian Rewards telah mencatat lebih 3 juta pendaftaran, menjadikannya antara program ganjaran paling pesat berkembang di Malaysia. Dengan lebih RM5 juta nilai tunai telah diedarkan dalam bentuk mata ganjaran, Guardian menyasarkan untuk menjadikan program ini sebagai program kesetiaan no. 1 di Malaysia.
Acara ini dimeriahkan dengan pengalaman menaiki belon udara panas, booth interaktif serta konsert hebat daripada kumpulan hip hop lagenda KRU dan ramai lagi menjadikannya acara yang tidak akan dilupakan oleh para peminat dan ahli MYguardian Rewards.

