Langgan

KL Chinatown Festival - Sebuah Keraian Komuniti

KL Chinatown Festival bakal berlangsung 29 November sehingga 1 Disember 2024.
1 minit untuk membaca
Published: November 19, 2024

Chinatown cukup dikenali sebagai destinasi wajib setiap pelancong yang datang ke Kuala Lumpur. Dipenuhi dengan barisan kedai, warung dan kafe menarik menjadikan kesibukannya tidak mengira masa baik siang mahupun malam. Apa yang lebih menarik adalah kepelbagaian kaum yang ada di sini memberi pentafsiran sebenar wajah Malaysia.

Satu acara meraikan komuniti akan diadakan di seluruh Chinatown Kuala Lumpur yang akan menyatukan seni, budaya, dan kreativiti. Acara yang akan diadakan di seluruh Chinatown termasuk REXKL, Kwai Chai Hong dan Loring Panggung ini turut akan memebri fokus kepada aktiviti jualan makanan dan kraf.

Bertujuan untuk menciptakan satu sambutan yang menyatukan seni, budaya dan kepelbagaian latar masyarakat yang ada di sini. Chinatown kini menjadi pusat budaya dan sejarah penting di Kuala Lumpur yang juga memiliki tarikan tersendiri.

Bertemakan “Together Gather” festival ini bakal menghimpunkan komuniti dan tenaga kreatif tempatan berkongsi ilham mereka dalam meraikan kota warisan ini. Berlangsung selama tiga hari bermula 29 November sehingga 1 Disember 2024.

Menurut Shin Chang, pengasas bersama festiva ini berkata tujuan utama adalah untuk memupuk inklusiviti dan memperkasakan Chinatown sebagai destinasi gaya hidup, bukan hanya semasa festival tetapi merentasi masa.

Dengan sasaran sehingga 10,000 pengunjung, festival ini akan menampilkan pelbagai persembahan seni, termasuk daripada artis indie tempatan seperti babychair, Tasneem dan Straw Lim serta aktiviti kebudayaan seperti persembahan Opera Cina dan KL Heritage Walk.

KL Chinatown Festival adalah langkah pertama dalam misi besar untuk mengubah Chinatown menjadi destinasi kebudayaan yang cukup meriah dan pada masa yang sama menyokong ekonomi tempatan selain memperkenalkan keunikan perpaduan budaya Malaysia di mata dunia.

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down