2025 bakal menjadi tahun yang penuh dengan drama Korea terbaik! Setiap hujung tahun, pasti semua akan tertanya-tanya, K-Drama apa yang bakal datang, kan? Pelbagai pilihan menarik menanti anda – daripada kisah cinta manis hingga ke thriller penuh aksi. Teruskan membaca, kerana anda berada di tempat yang tepat!
1. I'm Human From Today
Eun-Ho (Kim Hye-Yoon) adalah gumiho yang tak pernah ingin menjadi manusia. Dia menikmati keabadian mudanya dan seronok dengan dunia manusia mengikut cara dia sendiri. Namun, semuanya berubah bila Kang Shi-Yeol (Lomon), pemain bola sepak terkenal dengan kehidupan hampir sempurna, muncul dalam hidupnya. Sejak saat itu, macam-macam perkara tak dijangka mula berlaku!
2. When The Stars Gossip
Setelah lama menghilang daripada televisyen, Lee Min-Ho kembali dengan drama romantik angkasa bersama Kong Hyo-Jin. Berlatar belakangkan angkasa lepas, drama ini mengisahkan Gong Ryong (Lee Min-Ho), seorang pakar obstetrik dan calon menantu chaebol MZ, yang menyamar sebagai pelancong angkasa untuk menjalani misi rahsia. Di stesen angkasa, dia bertemu Eve Kim (Kong Hyo-Jin), komander dan saintis angkasa yang tegas dengan peraturan. Bersama, mereka berdepan pelbagai cabaran di angkasa lepas.
3. All The Love You Wish For
Our favourite sad couple is back! Pernah berlakon bersama dalam drama 2016, mereka kini bergandingan semula dalam genre romantik komedi. All the Love You Wish For mengisahkan Jinn (Kim Woo Bin), seorang jin yang terjaga selepas seribu tahun, dan Ka-young (Suzy), tuannya yang baru. Drama ini memfokuskan pada konflik mereka berkaitan tiga permintaan, mencipta detik-detik magikal dan penuh emosi yang pasti mencuit hati.
4. When Life Gives You Tangerines
Ae-Soon (IU) dan Gwan-Sik (Park Bo-Gum) dilahirkan di Jeju, Korea Selatan pada tahun 1950-an. Ae-Soon, gadis pemberontak dan pencinta buku tapi impian untuk bersekolah terhalang akibat masalah kewangan keluarganya. Tapi dia tetap bertekad menjadi penyair. Dia mengekspresikan perasaannya tanpa rasa takut. Gwan-Sik pula, seorang pemuda yang tulus dan rajin, hanya mencintai dan menghormati Ae-Soon.
5. Karma K-Drama
(Park Hae-Soo) terperangkap dalam perjanjian selepas menyaksikan kemalangan misteri. Seorang doktor (Shin Min-A) berjumpa dengan individu yang menyebabkan traumanya. Sementara itu, lelaki (Lee Hee-Jun) kehilangan wang akibat pelaburan kripto yang gagal, manakala seorang lagi (Kim Sung-Kyun) diminta melakukan sesuatu selepas kehilangan pekerjaan yang tidak adil. (Lee Kwang-Soo) menguruskan klinik swasta yang berjaya di Gangnam. Teman wanitanya (Gong Seung-Yeon) pula cukup mempesona, dengan pesona yang kadang-kadang boleh jadi masalah.
6. Study Group
Min Hyun kembali semula di layar kaca! Selepas popular dengan Alchemy of Souls, kali ini dia muncul dalam drama sekolah yang penuh dengan watak menarik. Drama ini mengisahkan Yoon Ga-Min (Min Hyun), seorang pelajar yang nampak seperti nerd dan sangat naif. Tapi, penampilannya tak sama dengan prestasi akademiknya. Dalam cerita ini, Ga-Min seorang yang kuat dan pandai berlawan. Dia mmbuat keputusan untuk membuat 'study group', dan untuk pastikan group itu berjaya, dia akan lawan untuk kawan-kawannya.
7. Can This Love Be Translated
Joo Ho-Jin (Kim Sun-Ho) seorang penterjemah yang fasih dalam pelbagai bahasa, termasuk Inggeris, Jepun, dan Itali. Dia mula bekerja dengan pelakon ternama, Cha Moo-Hee (Go Youn-Jung), sebagai penterjemahnya. Moo-Hee seorang yang ceria dan sentiasa penuh keyakinan.
8. Seocho-dong
Gandingan Lee Jong-Suk dan Mun Ka-Yong menarik perhatian ramai dengan visual mereka yang kuat dan chemistry yang dinanti-nantikan. Drama ini mengisahkan An Joo-Hyeong (Lee Jong-Suk), seorang peguam yang jujur dan lebih tertarik pada logik serta kes-kes menarik daripada melindungi yang lemah. Setelah 9 tahun bekerja di firma yang sama, hidupnya yang sempurna mula tergugat apabila segala-galanya berubah.
9. Divorce Insurance
Lee Kwang-Soo dan Lee Dong Wook berlakon bersama dalam satu drama – memang sesuatu yang membuat orang tertarik! Drama ini mengisahkan pasukan yang membangunkan produk insurans berkaitan perceraian. No Gi Jun (Lee Dong Wook), seorang aktuaris insurans yang dah bercerai tiga kali, menggunakan pengalamannya untuk mencipta insurans perceraian sambil mengimbas semula tentang cinta, perkahwinan, dan perceraian.
10. Director Killer K-Drama
Berdasarkan webtoon popular, "Director Killer", drama ini mengisahkan kisah cinta antara Baek Soo Jung (Mun Ka Young) dan Ban Joo Yeon (Choi Hyun Wook). Mereka pertama kali berjumpa melalui watak permainan dalam talian semasa zaman sekolah, dan 16 tahun kemudian, mereka terjumpa semula dalam kehidupan nyata, tapi kali ini sebagai bos dan pekerja.