
Filem aksi tempatan sentiasa menjadi perhatian penonton sejak sekian lama masih ada penggemar yang tersendiri. Yang terkini, filem terbaru arahan Syafiq Yusoff berjudul "Bloob Brothers" akan menggegarkan pawagan April nanti.
Filem ini mengisahkan tentang Ariff (Syafiq Kyle), seorang pengawal peribadi yang setia - dituduh mengkhianati saudara Naga yang telah membelanya. Dalam usaha membuktikan dirinya tidak bersalah, Ariff terpaksa mencari bantuan abang kandungnya yang telah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly).
Sehingga banyak konflik terjadi, perjalanan Ariff ternyata tidak mudah apabila dia menjadi buruan sahabat baiknya sendiri, Ghaz lakonan Sharnaaz Ahmad yang mengetuai pasukan pengawal peribadi elit yang suatu ketika dahulu dianggapnya sebagai Blood Brothers.
Filem hasil nukilan Abhilash Chandra, Ghazwan Tomasi, Ayam Fared, dan Ashraf Modee Zain ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Wan Hanafi Su, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Irfan Zaini, Andy Teh, dan Amelia Henderson.
Dengan durasi 2 minit 16 saat, treler rasmi Blood Brothers memberikan keterujaan buat penonton dengan koreografi pertarungan yang agresif juga elemen drama yang pastinya menyentuh emosi. Bakal di tayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 10 April 2025 ini.