Bella Zahir telah menceburi dunia pengacaraan sejak 2016 dan kerap menjadi figura dan rakan untuk jenama-jenama tersohor seperti MimpiKita, Tudung People, Buttonscarves dan Naelofar. Kini, Bella mengembangkan sayapnya ke arena keusahawanan dengan melancarkan jenama miliknya ‘Ruhi’.
Apa maksud disebalik Ruhi?
Ruhi mengingatkan wanita untuk sentiasa menjaga jiwa walaupun sibuk dengan kehidupan harian seiring dengan perkataan ‘ruh’ yang membawa maksud jiwa dalam bahasa arab.
Tempat, bandar atau negara yang anda ingin kunjungi dan kenapa?
Korea! Reka bentuk dalaman kedai di sana penuh inspirasi, boleh jadi idea untuk buka kedai sendiri suatu hari nanti.
Apakah hobi yang sering dilakukan ketika waktu lapang?
Memasak kerana ia sangat terapeutik, seperti berada di dunia lain. Saya juga gemar menonton rancangan Culinary Class Wars, sudah ulang untuk kali ke-2.
Apakah trend terbaru dalam dekorasi rumah atau design yang anda minati?
Selepas melihat dapur Dakota Johnson dan Emma Chamberlain di Architectural Digest, saya jatuh cinta dengan dapur yang bertemakan hijau. Ia beri sentuhan tenang dan selesa.
Adakah anda mempunyai local spot kegemaran yang sering anda lawati?
Destinasi yang sering dikunjungi untuk mendapatkan kopi harian adalah Eight Ounce, 103 Coffee dan Monet. Ghaso Pilah pula pilihan untuk masakan Negeri Sembilan.
Adakah anda menggunakan teknik ‘layering perfume’? Jika ya, nyatakan semua perfume yang diadunkan bersama.
Ya! Maison Crivelli Hibiscus Mahajad dan Maison Materi Arabian Vanille. Saya juga suka adun Kayali Vanilla 28, Killian Love Dont Be Shy dan Lush Chelsea Morning untuk aroma seperti baru keluar dari kedai roti.
Adakah anda mempunyai ritual kecantikan peribadi sebelum memulakan hari?
Tidak ada ritual tertentu, tetapi saya berpegang pada konsep ‘less is more’. Pada hari dimana tidak menyarung sebarang mekap, salap bibir mesti ada!
Apa yang menginspirasikan permulaan Ruhi?
Ruhi dilahirkan daripada kekurangan corak monogram di pasaran 2 tahun lalu dan kini, saya pakai setiap hari.
Trend fesyen terkini yang anda suka?
Beg charms & padanan denim bersama denim!