Langgan

Tonton Hujung Minggu Ini - Beetlejuice Beetlejuice

Setelah tiga dekad 'Beetlejuice' ditayangkan, Tim Burton menghidupkan kembali fantasi penuh warna buat penonton
2 minit untuk membaca
Published: September 6, 2024

Tahun ini seperti banyak filem lama yang dibikin semula masuk ke layar perak. Belum sempat 'Twister' diperkatakan, muncul pula remake 'The Crow' yang membawa ilham baru yang dekat dengan penonton hari ini. Pendekatan yang digambarkan dengan barisan pelakon yang lebih muda memberi kesegaran dalam penghasilan.

Sebuah lagi keterujaan dalam filem yang dibikin semula adalah 'Bettlejuice' yang lebih tiga dekad dulu ditayangkan pada umum sehingga hari ini ia menjadi antara karya Tim Burton yang paling ikonik dan ditonton lapisan generasi berganti. Dengan struktur cerita yang cukup menghiburkan dengan perwatakan yang cukup ikonik, 'Beetlejuice' menjadi naskhah malar segar sehingga hari ini.

SINOPSIS

Filem ini membawa kisah akan satu tragedi kematian keluarga Deetz menyatukan kembali tiga generasi keluarga ini kembali ke Winter River. Dalam proses berkabung itu banyak hal yang harus dilalui keluarga ini dan dengan satu kejutan yang mana Beetlejuice kembali menghantui keluarga ini. Lydia Deetz menjadi sasaran utama untuk mengembalikan Beetlejuice kembali bernyawa. Penuh misteri, hiburan dan kejutan "Beetlejuice Beetlejuice" menjadi sebuah naskhah penuh hiburan.

©Warner Bros / Courtesy Everett Collection

PELAKON KELAS SATU HOLLYWOOD

Kemunculan nama-nama besar di filem ini yang menampilkan Winona Ryder, Michael Keaton, Monica Belluci, Catherine O' Hara bersama bintang masa kini, Jenna Ortega menjadi daya tarikan utama Tim Burton untuk menjerat penonton ke panggung. Cukup kuat perawatakan yang disusun kemas jalan ceritanya, Beetlejuice Beetlejuice tidak membuatkan penonton resah dengan babak yang tidak perlu.

Pengisiannya bertempo laju tanpa ada sesaat membuat kita sebagai penonton terleka. Babak-babak yang disusun agak linear namun dengan kepakaran Tim Burton sebagai tukang cerita ia terhasil kemas dan tidak sloppy. Adegan di alam mati dan di malam Halloween dengan kemunculan watak-watak yang agak aneh memberikan keterujaan menikmati filem ini.

Hal lain yang cukup menarik di filem ini adalah runut bunyinya. Lagu-lagu yang mengisi filem ini meyatu sempurna dengan adegan-adegannya. Menerusi filem ini Tim Burton membuktikan bahawa dia masih memiliki bisa dalam mencuri perhatian penonton biar sudah lebih tiga dekad bergelar pengarah. Kemunculan Jenna Ortega menerusi filem ini yang mampu menarik generasi muda ke panggung dengan personanya yang cukup menawan sebagai Astrid.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down