Muzik-Muzik ke-39 menutup tirainya dengan pengumuman 10 lagu yang berjaya mara ke acara kemuncak Anugerah Juara Lagu 39. Tahun ini menyaksikan sekali lagi 30 lagu berentap merebut tempat ke acara kemuncah yang akan berlangsung tahun hadapan.
Sepuluh lagu yang terlah layak adalah Sengaja (Amir Masdi / Hang Nadim / Bunga Cantik), Puas Sudah (Aina Abdul), Saksama (Akim & the Majistret / Bunga Cantik), Pujaanku (Masdo / Aisyah Aziz / Ali Sariah / Heidi Moru) juga menampilkan kemunculan semula Hafiz menerusi lagu Terus Bersinar (Mas Dewangga / Jova Devito).
Marsha Milan dan Ernie Zakri sekali lagi tanpa gagal kembali mendapatkan tempat menjadi finalis menerusi lagu Hening Rindu (Marsha / Ikhwan Fatana / Wan Salleh) dan Aura (Ernie Zakri / John Jeeves / Firdaus Rahmat). Selain itu dua lagu ciptaan Hael Husaini bersama Iqie Hugh berjudul Diam (Hael Husaini) dan Bukan Lagi Kita (Nadeera) turut berjaya bersama nama baru Benzooloo menampilkan Ghidd ISOBAHTOS, TUJU, MeerFly dan MK K-CLIQUE menerusi lagu Risiko.
Pertandingan separuh akhir berlangsung selama dua malam menyaksikan pertarungan generasi berbeza industri muzik tempatan. Pada malam pertama Misha Omar yang sepatutnya menyanyikan lagu Masihkah Ada Rasa Itu digantikan dengan Vanessa Reynauld dan Sharul Kamal menggantikan Fahimi Rahmat yang menerusi lagu Angau.
Beberapa lagu lain yang gagal mendapat tempat adalah ILU (Aepol Roza), OMK (Ezra Kairo), Retak Hatiku (Iera Milpan), Angau (Fahimi Rahmat), SAH (Sarah Suhairi), Oh Huminodun (Elica Paujin), Helah (Puteri Khareeza), Lemas (Khai Bahar), Sangkar Derita (Haqiem Rusli), Panas (Nikki) dan Memori Mungkin Berulang (Tomok dan Siti Nordiana)
Panel juri yang mengadili kali ini antaranya ialah Edry KRU selaku ketua juri bersama pengarah muzik Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, komposer LY, Helen Yap dan penulis lirik AD Samad. Separuh Akhir Muzik-Muzik tahun ini diacarakan oleh Fiza Frizzy dan Izzue Islam.