Langgan

ELLE Creative Council: Raja Irfan

Fesyen menjadi ruang untuk Raja Irfan meneroka lebih lagi kemampuannya sebagai seorang pereka fesyen pelapis.
2 minit untuk membaca
Published: November 7, 2024
Raja Irfan menyarung persalinan SANDRO

Percaya pada minat yang sudah dipupuk sejak kecil lagi, Raja Irfan sentiasa mahu terlibat dalam bidang kreatif. Fesyen menjadi ruang untuk dia berekspresi dan meneroka lebih lagi kemampuannya sebagai seorang pereka fesyen pelapis tempatan.

Ceritakan tentang diri anda

Saya seorang pereka fesyen yang baru sahaja menamatkan pelajaran awal tahun ini dari UiTM Shah Alam. Sehingga hari ini saya sudah lebih empat tahun secara serius melibatkan diri sebagai seorang pereka. Sepanjang tempoh ini juga saya banyak terlibat dalam pertandingan, bekerjasama dengan penata gaya dan saya baru sahaja usai menyiapkan koleksi musim bunga/panas 2025. 

Boleh ceritakan bagaimana karier anda bermula?

Semuanya bermula ketika saya tamat pengajian diploma sebelum menyambung ijazah. Saya ditawarkan untuk menjadi pereka junior di salah satu jenama fesyen tempatan bagi koleksi KL Fashion Week mereka. Kemudian pada tahun 2021 saya memasuki pertandingan MARA In Fashion dan banyak bekerjasama dengan penata gaya tempatan bagi menggayakan selebriti seperti Ella, Dolla dan Kaka Azraff.

Adakah apa yang anda lakukan sekarang sebahagian daripada impian masa kecil?

Sebetulnya ya, saya memang membayangkan apa yang saya lakukan sekarang ketika kecil. Saya suka mereka cipta dan bekerja dalam radar kreatif. Saya masih ingat ketika kecil saya banyak membuat lakaran fesyen dan sejak itu saya tahu inilah yang saya mahu lakukan dalam hidup. Saya bertuah memiliki kedua ibu bapa yang begitu menyokong penuh minat yang saya ada. 

Boleh ceritakan proses kreatif ketika bekerja?

Saya seorang yang suka merancang kerja yang saya harus lakukan. I have my own to-do-list. Mood juga menjadi peranan yang sangat penting untuk saya memulakan kerja jadi saya suka untuk keluar bawa laptop dan cari inspirasi online.

Bagaimana anda mentafsirkan hasil karya anda?

Sejujurnya saya masih dalam proses belajar dan mencari estetika dalam rekaan saya. Saya harap satu hari nanti orang dapat melihat karakter yang ada sepanjang proses saya bertumbuh sebagai seorang pereka fesyen. Tapi kalau mahu dijelaskan sekarang mungkin ia lebih kepada siluet yang unik, ekspresif dan moden.

Ada rujukan tertentu atau ikon pilihan?

Sekarang saya begitu obses dengan pereka jenama Schiaparelli iaitu Daniel Roseberry kerana kebijaksanannya dalam mengekalkan identiti jenama tersebut pada masa yang sama kekal dengan sentuhan kreatif yang dia miliki. 

Apa yang membezakan anda dengan pereka lain?

Mungkin apa yang membuatkan saya berbeza dengan pereka lain adalah keinginan saya untuk terus belajar dan meneroka lebih banyak lagi hal baru dalam rekaan. Saya percaya sejauh mana sekali pun seseorang itu sudah berjalan masih banyak lagi hal yang harus dipelajari. Saya percaya untuk bergerak sebagai pereka yang baik saya harus melihat dan mendengar perspektif orang lain juga.

Apa yang memberi inspirasi buat anda kebelakangan ini?

Success. Saya melihat banyak individu yang sudah berjaya di sekeliling saya. Mereka menjadi inspirasi untuk memotivasikan diri saya untuk meneruskan karier dalam bidang ini.

Jenis muzik yang anda dengarkan ketika berkarya?

Motivational Pop song sentiasa menjadi senarai teratas playlist saya. Lagu-lagu seperti “When I Grow Up” daripada Pussycat Dolls dan “Rise” Katy Perry menjadi inspirasi yang memotivasikan mental juga fizikal.

Tiga perkataan yang menggambarkan estetika pada gaya rekaan anda?

Structural, Empowering, Expressive.


Penulis / Penyelaras: Hafizan Mohd / Athirah Zahra Arahan Seni: Iera Nadzlim Penataan Gaya: Ardi Idewani Fotografi: Azim Mahayudin/Am Studio dibantu Adil Aqil Solekan: El Manda menggunakan YSL Beauty Dandanan: VV Chan menggunakan Shisheido Professional

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down