Langgan

Dewan Filharmonik PETRONAS Persembahkan Konsert Kedua "Generasi DFP"

Pentas Dewan Filharmonik PETRONAS sekali lagi mengumpulkan nama-nama di satu pentas mempersembahkan potensi mereka.
2 minit untuk membaca
Published: August 26, 2024

Selama lebih 25 tahun, DFP berdiri sebagai sebuah pusat seni dan budaya di Kuala Lumpur, dengan persembahan artis dan kumpulan unggulan pelbagai genre dan ekspresi artistik. Melalui inisiatif ini, DFP menyediakan platform untuk penyanyi, penggubah dan pemuzik baru untuk tampil ke depan dan mempamerkan bakat terpendam mereka.

Inisiatif yang dilancarkan pada Mac lepas telah menarik minat dari seluruh negara dan sebanyak 100 video ujibakat telah diterima dari artis/band berusia antara 18 hingga 30 tahun. Setelah melalui proses saringan oleh pihak juri DFP, seramai 15 artis/band telah disenarai pendek untuk membuat persembahan sulung di DFP. Mereka membawa pelbagai genre muzik yang bakal mencorakkan warna persembahan yang menarik di pentas DFP nanti.

Senarai lengkap artis solo yang berjaya membolosi peringkat pemilihan ini ialah Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone, Ruebben Chelvan, Dekwa Cuwa, Amrita Soon, Khalyn Mulyani, Jo Lixian dan Mardiana manakala band yang terpilih ialah Meruked, LOKO, Saiko Rama, Cherry On Top dan Sounds Like Sunday. Mereka akan membuat persembahan dalam tiga siri konsert.

Kumpulan Cherry on Top

Konsert kedua Generasi DFP bakal berlangsung pada Rabu, 25 September 2024 jam 8.30 malam menampilkan Amrita Soon, Dekwa Cuwa dan Ruebben Chelvan, dan kumpulan Cherry On Top dan Saiko-Rama.

Amrita Soon yang dilahirkan di Seremban ialah seorang penyanyi dan pencipta lagu yang telah dianugerahkan Breakthrough YouTube Star di anugerah Digi. Beliau meraih perhatian apabila menulis lagu tema untuk filem Rain Town awal tahun ini. Beliau pernah membuat persembahan di USA, China dan Jepun.

Ruebben Chelvan ialah penyanyi/penulis lagu yang pernah melahirkan EP perdana bertajuk Live A Little, dan single Like Nobody Else dan Tell Me Softly, menyerlahkan evolusinya sebagai seorang artis. Beliau telah membuat persembahan serata Kuala Lumpur dan USA.

Kumpulan Saiko Rama

Dekwa Cuwa mendapat perhatian ramai apabila memuatnaik video nyanyian semula bersama abangnya di saluran YouTube. Beliau pernah membuat persembahan di TV dan terlibat dalam beberapa pertandingan nyanyian. Beliau pernah melahirkan single Sembunyi Hati, Trauma dan Kala Sang Suria Tenggelam.

Cherry On Top yang ditubuhkan tahun lepas ialah sebuah kumpulan rock progresif dianggotai enam pemuzik berbakat. Band ini baru sahaja melancarkan album EP yang mengandungi lima lagu dengan single utama Ketagih berduet dengan Datuk Syafinaz Selamat. Rock ialah genre teras kumpulan ini dengan gabungan elemen pop dan R&B.

Saiko-Rama yang berasal dari utara Malaysia ditubuhkan pada tahun 2019 dan dianggotai lima pemuzik. Proses rakaman album EP perdana mereka dilakukan ketika era pandemik. Semua lagu termasuk Sekali Lagi dan Aku memberikan ahli kumpulan ini satu kepuasan dan keyakinan untuk terus melangkah dalam industri muzik.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down