Langgan

5 Senarai Tonton Hujung Minggu Ini

Tiada idea mahu menonton apa hujung minggu ini? ELLE menyenaraikan 5 idea filem juga siri televisyen untuk ditonton.
2 minit untuk membaca
Published: August 23, 2024

TAKLUK: LAHAD DATU

Bersempena bulan kemerdekaan ini apa kata anda menyerap semangat patriotik dengan menonton filem Takluk: Lahad Datu. Filem yang mengambil ilham kisah benar di Lahad Datu kira-kira 11 tahun lalu ketika negara digemparkan dengan kisah pencerobohan pengganas yang mengorbankan 10 nyawa perwira negara. Menjadi antara insiden yang paling diingati sehingga hari ini filem ini diadaptasi di bawah arahan Zulkarnain Azhar menampilkan lakonan Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Andingm Indrawani dan juga Eman Manan. Tersedia di pawagam terpilih seluruh Malaysia.

EMILY IN PARIS (MUSIM KEEMPAT)

Penantian berhujung! Bahagian pertama Emily in Paris musim keempat kini ditayangkan di Netflix. Bahagian pertama yang menampilkan 5 episod ini meneruskan keterujaan Emily menjalani kehidupannya di Paris diteruskan di musim keempat. Datang dengan lebih drama percintaan di antara dua lelaki dalam hidupnya - Alfie juga Gabriel dan pastinya tentang konflik karier bersama Camille. Bahagian kedua musim keempat ini dijadualkan tayangan sekitar September nanti.

ALIEN: ROMULUS

Francais filem Alien yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1979 diteruskan dengan edisi terkini Alien: Romulus. Kali ini tampil lebih menarik dengan kisah Rain yang dipandang rendah kebanyakan orang di planetnya ingin berpindah ke planet lain untuk kehidupan yang lebih baik. Namun tidak semudah diduga, dia ternyata memerlukan bantuan orang lain yang menemukan stesen luar angkasa yang terbiar. Namun ternyata stesen tersebut dipenuhi dengan kehidupan yang menakutkan. Ditayang di pawagam seluruh negara.

DUA HATI BIRU

Jika ada yang pernah menonton filem Dua Garis Biru (2019) pasti tidak sabar menantikan kesinambungan kisah Bima dan Dara. Kali ini kisah mereka diteruskan menerusi filem Dua Hati Biru dengan kehadiran Adam yang memberi lebih warna dan drama dalam kisah kali ini. Dara memutuskan untuk kembali ke Jakarta namun tidak semudah yang disangka perjalanan yang diharapkan berjalan mudah menjadi rumit kerana expectation berbeza yang ada pada Bima. Boleh ditonton di Netflix.

TRAP

Filem arahan M. Night Shyamalan yang terbaru ini membawa kisah Cooper yang menemani anaknya menonton konsert Lady Raven. Namun entah mengapa Cooper merasa sesuatu yang aneh ketika dia melihat banyak kereta polis yang memenuhi ruang stadium dengan kawalan ketat. Drama bermula dengan pelbagai teka-teki juga persoalan yang menguji pemikiran penonton.

MENTUA

Penggemar drama Melayu pasti ternanti-nanti siri terbaru ini yang disiarkan setiap khamis sehingga sabtu di TV3. Menampilkan pelakon senior Ogy Ahmad Daud yang bergandingan bersama Elizad Sharifuddin. Siri ini membawa kisah Amir (Syarul Ezani)yang menikahi Emilia (Elizad Sharifuddin) seorang usahawan muda yang berjaya. Azizah (Ogy Ahmada Daud) merasa tergugat dengan kehadiran Emilia yang lebih berusia dari anaknya yang dianggap sebagai pesaing dalam keluarga dan perniagaan. Juga boleh dilayari di aplikasi TONTON.

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down