Langgan

7 Selebriti Lelaki Korea Harus Anda Ikuti di Instagram Untuk Inspirasi Gaya

Berbakat dan bergaya.
Oleh | TERJEMAHAN ELLE Malaysia
3 minit untuk membaca
Published: August 5, 2024

Instagram/ @eunwo.o_c

Selebriti lelaki Korea semakin mendapat perhatian dunia disebabkan gaya fesyen mereka yang
menyerlah dan stylish.  Dengan jutaan followers yang sentiasa mengikuti gerak geri serta apa yang dipakai , selebriti-selebriti Korea sentiasa menghidangkan stail yang menjadi inspirasi ramai. 
Dari gaya jalanan sehinggalah boy next door, ini adalah senarai selebriti lelaki Korea yang
boleh diikuti di Instagram untuk inspirasi gaya.

1. Mark Lee


Idola kelahiran Kanada ini terkenal dengan gaya fesyen jalanannya. Dia bisa menggayakan
gaya santai dengan menyuaipadankan seluar sukan dengan baju panas berserkup. Jika
anda seorang pencinta gaya jalanan, simpan gaya ini sebagai rujukan. Lengkapkan gaya
anda dengan topi baseball atau serkup kepala. 


2. Ming Yu 


Jika bercakap tentang gaya, Mingyu dari kumpulan Seventeen punyai segalanya, dari gaya
sukan, kasual mahupun jalanan. Tetapi jika kami harus pilih satu dari gayanya yang stailo,
semestinya gayanya apabila off-duty. Versatil dan penuh attitude. Pakaiannya biasanya terdiri daripada Tee polo, baju sejuk berlapis dan baju kasual yang menampilkan warna dan grafik yang terang. Sofistikated tetapi playful, selera fesyennya memancarkan keyakinan dan keperibadian, menjadikannya penentu trend di dalam dan di luar pentas.


3. B.I 


Kunci utama gaya B.I adalah keselesaan. Daripada baju berkait hingga hoodies, penyanyi
dan rapper ini sering dilihat menggayakan pakaian yang selesa. B.I bijak menggunakan
kasut sukan berwarna terang bagi menambah elemen pop dalam gayanya. Semak
Instagram B.I jika mahu rujukan gaya yang selesa tetapi masih stailo. 


4. Felix 


Anggota kumpulan Stray Kids ini memang cukup dikenali dengan gayanya yang ranggi dan
urban. Tubuh Felix sering dilihat dibaluti dengan helaian gaya jalanan mahupun hip hop.
Baju panas bertopi saiz besar, kemeja-T grafik, dan celana denim carik antara helaian wajib
ada dalam geroboknya. Felix juga tidak takut untuk bereksperimen dengan warna  serta
rekaan yang bold mahupun siluet unik. Ditambah pula  padanan aksesori statement
sebagai pelengkap gaya. 


5. Cha Eun Woo


Digelar teman lelaki Instagram, siapa mampu lupakan ketampanan serta gaya pelakon dan
penyanyi, Cha Eun Woo? Pelakon kacak ini gemar bergaya semi-kasual seperti memakai
jaket dengan kemeja yang dibiar butang terbuka di bahagian atas. Terkadang dia dilihat
gemar memakai kemeja-T polos yang dipadankan dengan baju panas kait. 

6. Song Kang 


Pelakon drama bersiri Nevertheless ini tidak pernah gagal dalam memukau setiap orang
dengan pilihan pakaiannya. Song Kang dikenali dengan kebijaksanaannya
menyuaipadankan pakaian asas dengan statement items yang mencipta gaya yang
sofistikated dan bersahaja. Tidak kira sama ada dia memakai sut lengkap mahupun gaya
jalanan, Song Kang sentiasa tampil penuh yakin dan mempersona. Untuk gaya harian, Song
Kang gemar sesuatu yang ringkas dan klasik seperti paduan kemeja-T putih bersama jaket
denim. Jangan lupa menggunakan jam tangan mahupun aksesori minimalis sebagai
pelengkap gaya. 


7. Park Seo Joon


Jika bakat lakonan Park Seo Joon belum berjaya mengumpul peminat yang ramai, namun
gayanya pasti memikat hati ramai. Seringkali dilihat memakai pakaian yang penuh bergaya,
pelakon siri Itaewon Class ini kekal unggul berada di hadapan dalam mengikuti trend fesyen
terkini menjadikan Instagram aktor ini sebagai panduan dan rujukan dalam bergaya. Untuk
dapatkan gaya sepertinya, cuba suai padankan helaian kasual seperti hoodies dan kasut
sneakers dengan blazer atau jaket yang lebih berstruktur. Jika anda lebih sukakan gaya
bisnes kasual, maka jadikan Park Seo Joon sebagai radar gaya anda.  

Artikel asal dari ELLE Singapore.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down