Hujung tahun bermakna masa untuk merancang tempat percutian anda! Dan bahagian paling menerujakan ialah menyusun outfit holiday agar setiap persalinan di rakam cantik untuk foto OOTD Instagram nanti.
- Gaya ranggi ala Tisya Ong
Tempat percutian: London, United Kingdom
Tisya memilih stail edgy untuk percutian ke negara sejuk. Sesuai dengan umurnya, padanan celana kargo dengan tali pinggang studded bersama top simple menyerlahkan gaya street style yang on point!
2. Gadis upper east side ala Sherry Amin
Tempat percutian: London, United Kingdom
Minimal but impactful, merupakan kunci kepada stail peribadi Sherry. Percikan rona merah pada kasut dan cermin mata buatkan stail keseluruhannya tampak stylish dengan persalinan serba neutral.
3. Chic in the city ala Wannursyaira
Tempat percutian: New York, Amerika
Wannursyaira pastinya antara fashion enthusiast yang bijak mengatur outfit yang digayakannya timeless dan fashionable. Untuk hari eksplorasi kota santai, apa kata padu padankan celana denim bersama blaus bercetak untuk penampilan effortlessly chic.
4. Stail demure ala Zenia
Tempat percutian: Bandung, Indonesia
ELLE sukakan bagaimana Zenia gayakan bubble skirt bersama ribbon halterneck top dalam rona bubblegum pink. So cutesy, so demure!
5. Beach goddess ala Mawar Rashid
Tempat percutian: Bali, Indonesia
Gaun putih Mawar buatkan kami fomo dan mahukan foto di tepi pantai juga. Rona putih cukup angelic, cukup sensual.
6. Habibti chic ala Khainina Khalil
Tempat percutian: Dubai, UAE
Bercadang untuk percutian ke negara timur Tengah? Corak haiwan seperti zebra dan harimau bintang adalah kunci penggayaan ala Khainina kala work trip influencer ini ke Dubai baru-baru ini.