“Saya acap kali menjadikan kota New York sebagai ilham. New York adalah satu-satunya kota yang mengharmonikan penyanggahan, penuh magis, kemewahan, kegemilangan yang abadi dan penuh aspirasi,” jelas Ralph Lauren sendiri. Apa yang menegapkan lagi dasar inspirasi Ralph kali ini adalah keindahan di balilk kontradiksi kota tersebut.
Seturut dengan visinya, lantas menjadikan kota New York yang merupakan kampung halamannya sebagai tema utama musim luruh 2024 – menampilkan ‘Ralph’s New York’. Kempen fesyen ini merai gaya abadi yang berakar umbi dalam sifat autentik, sofistikasi klasik, kepesatan mengikut zaman serta gabungan tradisi dengan cutting-edge dan kesemua ini adalah cerminan kota New York yang menginspirasikan Ralph Lauren kali ini.
Nilai sentimental Ralph Lauren & New York
“Tiada kota metropolitan lain seperti New York,” kata Ralph sendiri. Kota New York memahat seribu makna dan mesej. Kota New York bukan asing lagi buat Ralph, kerana itulah ‘bumi’ yang dia huni untuk memulakan kariernya sebagai pereka fesyen dan merantai dirinya untuk mengejar Impian.
Lantas dia menugasi fotografer, Lachlan Bailey yang bahu-membahu dengan Jacob Sutton untuk menerbitkan sebuah cereka fesyen kempen musim ini. Kempen ini. Menyandiwarakan gerombolan wanita, lelaki serta kanak-kanak berlatarkan vista bandar New York dan ‘memerangkap’ detik musim luruh/dingin.
Visi gaya timeless diperlihatkan menerusi Polo Ralph Lauren, yang memfokuskan kepada helaian-helaian ikonik daripada rangkaian himpunan tersebut. Kot Camel Polo, jaket herringbone RL 67, baju panas Kashmir serta jaket bomber kulit (kolabrasi dengan MLB) dipamerkan dalam penataan gaya unik dan setiap satunya mengekspresikan kisah individu yang memakainya.
Runut bunyi Billy Joel, ‘New York State of Mind’ menyempurnakan cereka fesyen musim ini dan lagu tersebut diistimewakan dalam olahan suara penyanyi asal New York, Alicia Keys.
Merentangi usia jubli emas jenama Ralph Lauren, rangkaian Ralph Lauren Vintage diperkenalkan buat julung kalinya menerusi RalphLauren.com dan di butik-butik terpilih segenap dunia. Rangkaian yang berteraskan vintaj ini dicipta untuk melengkapi identiti Ralph Lauren yang sememangnya memenangkan aspek rekaan pakaian-pakaian yang passed on from generation to generation : rekaan-rekaan yang elok ‘mendewasa’ mengikut usia.