Langgan

Paloma Elsesser, Dixie D’Amelio, Justine Skye Bergedik-Gedik Dalam Kempen Fesyen Balenciaga Le City Bag

Balenciaga Le City Bag mengembalikan era fashion television!
2 minit untuk membaca
Published: December 2, 2024

Barisan hadapan serasa hiburan mata. Menyaksikan siapa yang duduk di barisan hadapan bukan hanya nampak cantik pada pandangan, bahkan menjaring perhatian. Haluan globalisasi yang makin berubah-ubah, daripada hanya klien-klien terpenting ke rumah-rumah media sehinggalah dikuasasi oleh selebriti-selebriti dan pempengaruh-pempengaruh terkemuka. Pembudayaan pertunjukan fesyen ini membuahkan inspirasi buat Balenciaga, menjamu visual dengan kemunculan nama-nama besar seperti Paloma Elsesser, Dixie D’Amelio, Justine Skye, Olympia Greece, Sua Lee dan ramai lagi.

dixie d'amelio Balenciaga

Sandiwara kempen Balenciaga untuk rangkaian aksesori Le City Bag ini menggarap semula tenaga front row di pertunjukan fesyen Balenciaga. Apa yang terlihat adalah gerak bahasa badan dan lapang longlai nama-nama besar ini, yang menembusi suasana. Saat kamera menyorot menayangkan fiil masing-masing, kesemua mereka beraksi gedik-gedik dan memesrai keseluruhan tema kempen. 

Dixie D'Amelio, Olympia Greece bersama bintang-bintang generasi masa kini dalam kempen Balenciaga

Balenciaga menugasi pengarah dan fotografer, Lauren Greenfield untuk merealisasikan kempen ini. Lensa Lauren ‘memerangkap’ detik-detik menarik yang tidak pernah kita lihat di pertunjukan fesyen Balenciaga. Video serta imej yang dihasilkan oleh Lauren mencerekakan perihal sebelum pertunjukan bermula dan membangkitkan ‘rasa’ seakan-akan menonton era kegemilangan saluran fashion television. 

Setiap seorang figura yang duduk di barisan hadapan nampak sibuk bermain telefon, berborak dengan rakan-rakan lain, mengambil swafoto dan berkeliling bersosial.

dixie d'amelio Balenciaga

Untuk tidak mencetuskan rasa tergantung, mereka semua diserasikan pula dengan stail Y2K yang mendefinisikan beg Le City. Setiap seorang figura - antaranya Dixie D'Amelio, Paloma Elsesser, dan Sua Lee - berlengkapkan helaian-helaian Balenciaga daripada himpunan semasa dan yang lepas. Lantas, ia berhujung dengan atmosfera tema yang sangat ikonik – kena dengan identiti beg Le City yang diperkenalkan pada tahun 2001. 

Melanjutkan bicara tentang beg tangan Le City, rekaannya menampilkan konstruksi 25 panel yang diperbuat daripada kulit bebiri yang berkualiti tinggi, menyatukan stail maximalist dengan kepraktisan.

dixie d'amelio Balenciaga

Lebih dua dekad ia berada di pasaran, namun beg Le City masih menegapkan DNA Balenciaga sehinggalah ke hari ini. Apa yang kita lihat dalam kempen beg Le City yang baharu ini adalah sebarisan beg tangan dalam rona merah jambu, camel, hitam, hijau dan putih serta perak metallized. Tiga saiz yang berbeza ditampilkan yakni saiz kecil, medium dan besar, dilengkapkan lagi dengan tali beg yang removable

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down