Langgan

Lululemon Glow Up: Sokongan Maksimum Untuk Pergerakan Tanpa Batas

Bergerak bebas dengan penuh keyakinan dengan Glow Up Lululemon!
2 minit untuk membaca
Published: April 6, 2025

Lululemon memperkenalkan koleksi terbaru Glow Up, satu inovasi dalam pakaian sukan yang menggabungkan keselesaan, sokongan dan kebebasan bergerak. Direka khas untuk meningkatkan keyakinan serta prestasi, koleksi ini memastikan tiada halangan dalam perjalanan mencapai kekuatan dan gaya hidup aktif.

Inovasi Glow Up

Koleksi Glow Up mengubah rekaan pakaian sukan dengan gabungan sempurna dengan ‘memeluk’ bentuk badan dan teknologi fabrik terkini. Setiap helaian dicipta untuk memberi sokongan optimum sambil mengekalkan fleksibiliti yang membolehkan anda bergerak dengan bebas.

Berinspirasikan maklum balas dari pelanggan dan duta lululemon, koleksi ini telah melalui ujian pemakain yang bagus untuk memastikan kualiti dan prestasinya. Dua inovasi utama dalam koleksi ini ialah:

  • Fabrik Ultralu

Keselesaan maksimum, sokongan tanpa bandingan. Dahulunya ekslusif untuk bra, teknologi Ultralu kini diperluaskan kepada bahagian atas dan bawah pakaian. Ciri-ciri utama fabrik ini termasuk:

-Sokongan luar biasa yang melekap pada badan dengan sempurna untuk memberikan rasa selesa tanpa mengorbankan kebebasan bergerak.  

-Regangan dinamik yang direka untuk mengikut setiap pergerakan anda, sama ada di gimnasium, melakukan yoga, berlari mahupun hiking.

-Pengeringan cepat & kawal peluh menjadikan peralihan dari sesi sukan ke aktiviti harian lebih mudah dan selesa.

  • Rekaan Untuk Bahagian Pinggang yang Baru

Pinggang seluar dalam koleksi ini direka dengan pembinaan berbonding tanpa jahitan yang ketara dan dilengkapi lapisan mesh dalaman untuk memastikan ia melekap dengan sempurna. Reka bentuk ini memberikan:

- Keselesaan tanpa rasa ketat dengan sokongan padu tanpa meninggalkan kesan yang ketat kepada kulit.

-Penampilan lebih licin & kemas – kurang lipatan dan ketebalan, menghasilkan siluet yang lebih elegan.

Koleksi Glow Up ini hadir dengan pilihan warna menarik yang sesuai untuk setiap personaliti dan gaya hidup seperti Desert Red, Passionate Pink, Black, Lavender Lux dan Espresso. Dipadankan bersama Glow Up Tank dan Glow Up Tight, melengkapkan gaya sukan anda membolehkan anda bersedia untuk apa sahaja.

Hidup Dengan Semangat

Tahun 2025, Lululemon meraikan pergerakan sebagai lambing kehidupan yang penuh semangat. Kempen ini menampilkan ikon-ikon masa kini yang memberi inspirasi melalui keaslian, matlamat dan kegembiraan dalam kehidupan seharian seperti Joan MacDonald, personaliti Instagram kecergasan.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down