
Kenyamanan dalam kehidupan setiap individu itu mungkin dalam pentafsiran berbeza. Ada yang mahukan karier sebagai pentafsiran dan tidak kurang juga yang mahukan kesederhanaan. Bagi Datin Intan Najuwa yang merupakan seorang pelakon dan usahawan, kebahagiaan yang dia miliki hari ini jelas dengan kehadiran suami dan anak sulung mereka Imane Lunara.
Tidak lagi mahu menoleh ke belakang, bahagia yang dikecapinya hari ini menjadi titik tumpu untuknya bertumbuh sebagai seorang wanita yang matang. Bergerak dalam satu radar hidup yang tidak lagi ada hal yang perlu dibimbangkan - semua yang tertulis untuknya hari ini adalah apa yang dia bayangkan. ELLE menelusuri ruang bahagia Datin Intan Najuwa.

ELLE: Career-wise, boleh kongsikan apa yang terkini daripada Intan?
Intan Najuwa: Fokus saya banyak pada kolaborasi dengan brand untuk buat content digital terutamanya. Untuk projek lakonan pula, saya hanya akan bersetuju jika kena dengan masa yang tidak terlalu lama. Selain itu, saya juga sedang sibuk dengan bisnes keluarga dan F&B.
E: Sejak berkahwin dan memiliki anak, kelibat Intan di layar kaca semakin berkurang. Perubahan pada priority atau ada faktor lain?
IN: Perubahan keutamaan memang ada sejak saya berkahwin lagi dan sekarang dengan adanya anak sulung membuat fokus saya beralih. Banyak tawaran yang terpaksa saya tolak buat masa sekarang atas faktor masa dan kalau kena dengan masa saya akan kembali berlakon.
E: Setakat sekarang, untuk lakonan Intan sudah menemukan kepuasan atau sebaliknya?
IN: Sebenarnya kalau diikutkan saya baru di fasa explore kebolehan saya dalam membawakan karakter berbeza dan saya rasa ini proses panjang yang saya harus lalui. Ini hanya satu permulaan dan I always seek for more untuk mencabar diri dengan mencuba hal-hal baru. Saya sukakan the idea of portraying strong women characters. Hopefully saya boleh dapat watak macam itu satu hari nanti.
E: Kalau bercerita soal tawaran, Intan melihat watak yang ditawarkan atau dengan siapa Intan bekerja?
IN: Saya rasa kedua-dua faktor penting untuk bagi impak dalam hasil yang dipersembahkan. I always believe karakter yang tepat dengan siapa saya bekerja itu sangat membantu proses kerja.
E: You have a very strong support system daripada your husband terutamanya. Ada halangan untuk Intan aktif berlakon daripada suami?
IN: Betul saya bersyukur ada support system yang kuat daripada suami terutamanya. So far dia tidak pernah lagi menghalang saya untuk terus aktif dalam bidang lakonan and he always takes pride in my achievements.

E: Sudah bergelar ibu, hal yang paling mengujakan bagi Intan?
IN: I never imagined that I could love someone this deeply. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata tapi saya rasa emosi berbeza sebagai seorang ibu dan teruja untuk menjalani proses ini dan membentuk dia menjadi individu yang baik. My life now carries more meaning and purpose. Truly a blessing, Allah has given me my mini-me.
E: Apakah barang-barang fesyen yang akan Intan wariskan kepada Imane Lunara?
IN: Mungkin koleksi barang kemas saya akan saya wariskan kepada Imane Lunara satu hari nanti, termasuklah loket daripada rangkaian Color Blossom. Sebagai peminat setia Louis Vuitton, saya juga akan berikan LV trunk saya, item istimewa yang saya beli hasil titik peluh sendiri sebagai seorang selebriti. Saya akan mula kumpul pelbagai barangan berharga yang lain dan simpan semuanya dalam trunk tersebut untuk hari lahir Luna yang ke-21, trunk ini akan menjadi hadiah istimewa untuknya.
E: Saya suka melihat journey Intan dalam mendapatkan berat badan ideal selepas melahirkan Imane, mungkin ada hal yang Intan mahu kongsikan dengan pembaca?
IN: Proses menurunkan berat badan satu cabaran besar dan menuntut kesabaran. Banyak yang saya kena fokus especially nutrisi pemakanan dan saya bertuah ada confinement lady yang membantu dalam memainkan peranan ini. Selain itu saya sangat mementingkan mental health sebab saya percaya ia refleks pada fizikal juga.
E: Baru-baru ini saya difahamkan Intan ada new venture dalam bisnes F&B. Boleh ceritakan sedikit tentang restoran tersebut?
IN: Saya buka Dico Cafe sebab I have an obsession pada coffee and pastries. It's a fresh start for me dan I am excited sebab ia sesuatu yang baru berbanding apa yang saya biasa buat sebelum ini. Melaksanakan projek bisnes yang baru ni buat saya belajar banyak benda especially tentang perspektif baru dunia bisnes.

E: Sudah bergelar isteri juga ibu – ada kesukaran tak untuk find balance dengan your daily commitment kerja?
IN: It can be quite challenging. Even though I have a helper, I still take full responsibility bagi memastikan semuanya teratur. Saya percaya ia datang dengan tanggungjawab yang menuntut tenaga dan dedikasi. Saya kena sentiasa fokus dan efisyen untuk dapatkan keseimbangan dalam hidup.
E: Intan kerap travel juga kan, ada destinasi lain yang sudah pasti untuk dikunjungi tahun ini?
IN: I am really looking forward to traveling to St. Moritz this year. Lebih excited sebab this year saya akan travel dengan Imane Lunara so saya tak sabar nak main snow dengan dia nanti.
E: Dalam banyak-banyak destinasi yang Intan dah pergi which one is your favourite dan kenapa?
IN: I enjoy Sotogrande, Spain. It is a beautiful and safe place with diverse cultures. Saya sangat sukakan view yang ada dan masyarakat di sana begitu ramah. Kalau diberi peluang saya memang nak kembali ke sana lagi.
E: Yang dalam wishlist Intan?
IN: Cruise to Antarctica. Itu memang ada dalam my wishlist. Saya memang sukakan pemandangan jadi I appreciate destinasi yang ada keindahan semula jadi dengan keunikan yang tersendiri. I hope one day saya dapat tengok sendiri keindahan Antartika di depan mata.
E: Saya melihat di instagram Intan aktif dengan aktiviti berkuda. Apa tentang sukan tersebut yang Intan suka?
IN: Saya mula aktif berkuda masa suami saya hadiahkan seekor kuda putih ketika ulang tahun ke-26. Since then, saya memang aktif and my husband pun memang dulu aktif dalam sukan berkuda. Apa yang saya suka tentang sukan ini ia memberi impak positif dalam hidup, especially my mental health. Satu lagi sukan ini adalah tentang disiplin yang membuatkan saya semakin fokus especially pabila kena bangun waktu pagi untuk latihan.

E: Pada usia 27 tahun, Intan rasa Intan sudah kecapi apa yang Intan mahukan dalam hidup?
IN: Pada usia sekarang dah dapat apa yang diimpikan. Kehidupan yang tenang, a clear mind and successful career. Dengan adanya suami dan anak sulung kami, saya berada di kehidupan yang cukup membahagiakan.
E: What more about life yang Intan look forward to?
IN: Saya bersyukur dengan apa yang saya ada hari ini. Kalau ditanya apa lagi yang saya nak dalam hidup, saya tak boleh nak jawab sekarang. Sebab apa yang saya ada hari ini sudah cukup seadanya dan tak ada yang kurang. Cuma apa yang saya boleh cakap, setiap hari kalau boleh I want to be a better wife and mom.