Bukanlah rahsia lagi bahawa pereka fesyen tersohor saat ini, bekas Pengarah Kreatif Bottega Veneta, Matthieu Blazy kini menduduki tahkta tertinggi di Chanel. Dan sejujurnya, kami teruja untuk melihat bagaimana Blazy akan memberi sentuhan segarnya ke rumah fesyen Perancis Chanel pula. ELLE bawakan #throwback lima momen fesyen ikonik Matthieu Blazy ketika masanya di Bottega Veneta.
Rekaan beg ikonik
Matthieu Blazy banyak mengeluarkan koleksi rekaan beg ikonik ketika masanya di rumah Bottega Veneta. Estetik Blazy yang mampu meningkatkan item fesyen tampak timeless tanpa kelihatan mediocre, seperti beg Sardine dan Jodie memberikan ia status The IT Bag. Keupayaan Matthieu Blazy sebagai seorang pereka fesyen yang berkebolehan untuk memberi sentuhan elegan tapi masih minimal adalah sesuatu yang sets him apart.
High street to high fashion
Blazy tahu bagaimana untuk memberi nafas cool kepada high fashion. Seperti padanan beg oversized dengan outfit yang relaks, ataupun sut formal ala corporate baddie. Low-key cool is definitely the way to go!
Tan Sri Michelle Yeoh, gadis Bottega Veneta
Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh bukan sahaja bersinar dalam karier seninya malah best-dressed di acara karpet merah juga. Sentiasa memperagakan busana daripada Bottega Veneta, gabungan aktres award-winning ini dengan Blazy bagaikan match made in heaven!
Kredit foto utama: Getty Images