Langgan

Larrie Memperkenalkan Miller Khan Sebagai Duta Baharu

Saya terus jatuh cinta pandang pertama dengan Larrie!
1 minit untuk membaca
Published: March 8, 2025
Miller khan

Dalam acara penuh makna ‘Reflections: Exclusive Larrie Berbuka Puasa’, jenama kasut ini memperkenalkan Miller Khan sebagai duta rasmi Larrie Men. Bertempat di Hyatt Centric Kuala Lumpur, majlis eksklusif ini menyaksikan kehadiran kira-kira 50 tetamu jemputan yang terdiri daripada Miller Khan sendiri, barisan pengurusan utama Larrie, rakan kongsi strategik, wakil media, serta Key Opinion Leaders (KOL).

Menurut pihak pengurusan Larrie, pemilihan Miller Khan sebagai wajah baharu Larrie Men bukanlah satu kebetulan, tetapi merupakan refleksi kepada pesona maskulinnya. Miller bukan sekadar seorang pelakon berbakat, tetapi juga seorang figura dengan gaya hidup aktif yang menjadi inspirasi buat ramai. Personalitinya yang dinamik, berani dan sentiasa mahukan cabaran selari dengan nilai jenama Larrie - inovatif, bergaya dan sentiasa di hadapan.

Miller turut berkongsi rasa syukur dan keterujaannya dilantik sebagai duta Larrie. Dia turut menceritakan perkenalannya dengan Larrie yang bermula di salah sebuah penggambaran di Malaysia. Dan apabila memakai kasut Larrie, “saya terus jatuh cinta pandang pertama” katanya sambil tersenyum. “Ringan, selesa dan seolah-olah berjalan di atas awan,” tambahnya lagi.

Miller

Dengan pelantikan Miller Khan, Larrie Men sudah bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukannya, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga meluaskan pengaruhnya ke pasaran Indonesia. Ini adalah era baharu buat jenama yang telah ditubuhkan semenjak tahun 1978 ini.

Miller khan
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down