Langgan

Koleksi Eksklusif Celine Meraikan Kemewahan Di Bulan Ramadan

Tampil lebih menarik sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri kali ini dengan koleksi ekslusif Celine Ramadan
1 minit untuk membaca
Published: April 6, 2025

Ramadan bukan sahaja bulan penuh keberkatan, tetapi juga masa untuk meraikan keindahan dalam setiap aspek kehidupan, termasuk fesyen. Kali ini, Celine memperkenalkan koleksi ekslusif untuk bulan Ramadan, koleksi mewah yang menggabungkan ketelitian seni, kemewahan material serta keanggunan rekaan.

Koleksi ekslusif Celine Ramadan bukan sekadar koleksi fesyen; ia adalah satu penghormatan kepada keindahan dan kemewahan Ramadan, menawarkan pilihan yang sempurna bagi mereka yang ingin menyambut bulan mulia ini dengan gaya yang elegan dan sofistikated.

Beg tangan daripada material kulit python

Koleksi ini menampilkan palet warna yang kaya dan memukau, diinspirasikan daripada cahaya dan kemeriahan Ramadan. Material utama yang digunakan termasuk kulit python dan kulit buaya yang berkilauan, memberikan sentuhan sofistikated serta eksklusiviti kepada setiap item dalam koleksi ini. Warna-warna iridescent yang berubah mengikut pantulan cahaya menjadikan setiap rekaan lebih menonjol, sesuai untuk mereka yang ingin tampil anggun sepanjang musim perayaan.

Tidak hanya terhad kepada aksesori dan beg tangan, Koleksi ekslusif Celine Ramadan turut memperkenalkan set baju tidur sutera yang lembut dan elegan. Set ini direka untuk memberikan keselesaan tanpa mengorbankan gaya, membolehkan pemakai terasa tetap menawan walaupun dalam suasana santai. Baju sutera ini dipadankan dengan sandal mewah dan aksesori eksklusif, menghasilkan kombinasi yang sempurna untuk penampilan serba mewah sepanjang Ramadan.

Melalui koleksi ini, Celine menampilkan savoir-faire—kehalusan dan kemahiran pertukangan yang menjadi DNA jenama ini. Setiap perincian dalam koleksi ini mencerminkan dedikasi Celine dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi, sesuai untuk wanita moden yang menghargai keanggunan dan kemewahan dalam setiap aspek kehidupan mereka.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down