Langgan

Klasik dan Kontemporari, Siri 'Made in the UK' oleh Burberry

Slogan 'Made in the UK' bagi menyokong hasil buatan tangan dari British.
2 minit untuk membaca
Published: September 6, 2024
Made in the UK
Gambar: Burberry

Siri terbaru 'Made in the UK' kini dipertengahkan oleh jenama fesyen mewah dari British, Burberry. Sejak penubuhannya pada tahun 1856, Burberry merupakan jenama yang terkenal dengan komitmen yang mendalam terhadap kualiti dan tradisi, sinonim dengan estetika British. Koleksi terbaru ini merupakan sebuah penghargaan terhadap kemahiran tangan British dan kepakaran artisan yang telah membentuk identiti jenama ini sejak sekian lama.

Sebagai langkah permulaan, Burberry mengarahkan tumpuan kepada Heritage Trench dan Car Coats ikonik, dihasilkan dengan penuh ketelitian di Castleford, West Yorkshire. Burberry telah beroperasi di Castleford selama lebih daripada lima dekad, menjadikannya sebagai pusat pengeluaran yang memiliki tenaga kerja yang cukup mahir dan berpengalaman. Setiap elemen produk, dari ketelitian jahitan hingga pemilihan bahan yang berkualiti tinggi, disempurnakan oleh tenaga mahir.

Made in the UK
Gambar: Humprey Bogart dari Pinterest.

Trench Coat Burberry pertama kali dicipta untuk tentera British semasa Perang Dunia Pertama, hasil inovasi Thomas Burberry. Ianya diperbuat daripada fabrik kalis air dan tahan lasak bagi melindungi askar daripada cuaca buruk. Keberkesanan dan ketahanan menjadikan ia dikenali di kalangan tentera, termasuk tentera AS semasa Perang Dunia Kedua. Selepas perang dunia tamat, kot ini melangkah masuk ke dunia fesyen, menjadi pakaian ikonik yang dipakai oleh selebriti terkenal Humphrey Bogart dalam filem ‘Casablanca’. Dengan gabungan fungsi dan gaya yang elegan, kot ini bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung cuaca tetapi juga sebagai simbol kemewahan dan keanggunan yang kekal hingga hari ini.

Made in the UK
Gambar: Burberry

Koleksi The Heritage adalah sebahagian daripada inisiatif ‘Trench for Tomorrow,’ memastikan Heritage Trench dan Car Coats Burberry ini dihasilkan dengan bahan-bahan mesra alam. Kadar jangka hayat kot ini berpanjangan dengan bantuan servis ReBurberry. Fabrik kapas gabardin yang tersemat dengan corak ikonik Burberry Check dihasilkan di kilang yang terletak di Keighley. Kot-kot ini diperbuat daripada 100% kapas organik dan butang-butangnya diperbuat daripada resin bio yang mengandungi 90% bahan semula jadi yang diperoleh dari tumbuhan.

Untuk memastikan Heritage Trench dan Car Coats ini dapat dimanfaatkan secara berterusan, Burberry turut menawarkan pelbagai perkhidmatan kitar semula termasuk Trench Refresh, Reproofing, Repair, Rental dan Resale.

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down