Langgan

8 Jenama Kontemporari Thailand Yang Patut Ada Dalam Radar Anda

Mesti-ada dalam almari anda.
Oleh | TERJEMAHAN ELLE Malaysia
3 minit untuk membaca
Published: August 8, 2024

Thailand merupakan salah satu destinasi pelancongan tumpuan dunia bukan sahaja kerana
kaya dengan sejarah tetapi sikap peramah warganya serta makanan lazat yang pastinya
membuatkan anda tidak mahu berhenti makan. Namun kini ada satu lagi sebab untuk anda mencintai negara jiran kita iaitu jenama fesyen lokalnya yang kian berkembang serta menawarkan pelbagai pilihan daripada rekaan kontemporari sehinggalah berunsuran etnik. Di sini, kami senaraikan pilihan teratas buat panduan anda membeli belah di negara gajah putih ini.


Aimer 


Jenama ini menawarkan pakaian dan aksesori yang dibuat menggunakan material berkualiti
oleh pakar. Elegan dan minimalis menjadi kunci utama bagi setiap gaya rekaan jenama ini.
Aimer juga komited dalam menghasilkan produk yang menjaga kelestarian dan etika
pengeluaran. 

Blackdog


Jenama yang diasaskan pada tahun 2015 ini membawa konsep fesyen tanpa batasan.
Blackdog menawarkan helaian yang kool menggunakan material regang.  Keunikan jenama
yang berpangkalan di Bangkok ini adalah ketidakseimbangan siluet , cetakan menarik  dan
rekaan yang terkini. Jika anda seorang yang sukakan kelainan dalam bergaya dan sering
tampil unik, helaian Blackdog wajib dimiliki. 


Stolen Stores


Daripada pelakon asal Thailand, Davikah Hoorne hinggalah 'it girl' kegemaran ramai,
Sabrina Carperter ramai selebriti antarabangsa dilihat pernah menyarung helaian daripada
jenama Stolen Store. Jenama yang turut mempunyai butik di Los Angeles ini dikenali
dengan rekaannya yang sofistikated ultra feminin. Selain helaian rona lembut dan fabrik
ringan beralun, Stolen Stores turut menawarkan rekaan yang lebih ranggi seperti ceraian 
bertali pinggang sarat perincian. 


Landmeé


Diasaskan pada tahun 2002 oleh Netdaw Vattanasimakon, rekaan Landmeé bukan sahaja
menarik perhatian pencinta fesyen tempatan malah menjadi pilihan Lisa Blackpink dan
aktres, Tontawan Tantivejakul.  Jenama ini menyuntik elemen bohemian 70an dalam rekaan terkini. Himpunan koleksi musim panas/bunga  2024 Landmeé terdiri daripada fabrik berkualiti tinggi dengan siluet yang lebih ringan beralun serta renda dan riben. 

Gongdid Design 


Diinspirasikan daripada istilah 'mesin anyaman' di Thailand, Gongdid Design dikenali
sebagai jenama yang menawarkan helaian santai dan kasual dengan rekaan 'signature'
berlipat (pleated). Koleksi jenama ini turut menggunakan fabrik dan tekstur anti kedut yang
lebih bersifat praktikal tetapi dalam masa yang sama mengekalkan  kekemasan dan
bergaya. Jika anda merupakan seorang yang tangkas ke sana ke mari, helaian daripada
Gongdid Design sempurna buat anda. 


Mitr


Jenama ini sangat popular di Thailand. Jadi tidak hairanlah jika anda akan terserempak
dengan mereka yang menyarung helaian daripada Mirt sewaktu berlibur. Mirt terkenal
dengan rekaan yang berpotongan 'flattering' menggunakan fabrik kapas organik dengan
paduan warna dan rekaan yang menyerlah. Demi menjaga kelestarian alam, jenama ini turut
melancarkan label Kalyana By Mirt yang merupakan projek kitar semula di mana setiap
lebihan farik ditransformasi menjadi produk yang lebih 'fun' dan aksesori. Sesuai untuk anda
yang gemarkan percutian tropikal. 


Oyster Footwear 


Diasaskan oleh pereka grafik Varamol Chanakitkarnchai, jenama Oyster Footwear tercetus
daripada minatnya terhadap rekaan kontemporari. Rekaan arus perdana disuntik dengan
elemen yang lebih 'fun' tetapi dihasilkan dengan kerja tukangan berkualiti tinggi.  oleh
nuansa kontemporari dengan nilai estetika minimalis , Oyster Footwear mentransformasikan
aksesori menjadi seni yang boleh dipakai. 


Hide


Hide adalah sebuah kedai berbilang label yang menempatkan beberapa jenama lokal
seperti Pennyy Pincher, Lick And Promise, dan Plain Jayne. Ia menawarkan seleksi unik
gaya jalanan termasuklah jenama sendiri H. BYHIDE. Kedai ini dimiliki oleh pasangan Tao
dan Fang yang sering mempromosikan produk mereka secara kreatif menerusi video , vlogs
dan foto OOTD.

Artikel asal dari ELLE Singapore.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down