Langgan

Inovasi Koleksi Terbaru Linen+Denim Daripada Levi’s

Raikan Aidilfitri dengan penuh gaya dan keselesaan dengan koleksi terbaru Levis
2 minit untuk membaca
Published: March 26, 2025

Hari Raya bakal menjelma tidak lama lagi, dengan semangat meriah dan kehangatan perayaan, koleksi Levi’s terbaru menggabungkan gaya klasik dengan sentuhan moden, menawarkan keselesaan yang ringan, sempurna untuk perayaan kali ini.

Linen + Denim

Koleksi istimewa Linen+Denim ini adalah gabungan inovatif untuk keselesaan maksimum dengan material denim regangan ringan dan linen premium. Dicipta untuk memastikan pemakai kekal segar dimana sahaja dan pada bila-bila masa, material ini menawarkan keseimbangan sempurna antara gaya dan keselesaan.

Sifat linen yang ringan dan breathable telah menjadikan ia pilihan utama untuk material sepanjang musim panas. Rahsianya terletak pada fibre semula jadi dan tenunan yang sempurna, membolehkan pengaliran udara yang lebih baik, mengurangkan haba yang terperangkap dan memastikan pemakai kekal sejuk sepanjang hari. Hasilnya ialah corak bersilang atau cross hatch yang berbeza daripada kemasan denim biasa, sambil menawarkan alunan yang lebih lembut dan fleksibel seperti XL Straight Linen dan 568 Loose Straight Linen+. Tambahan pula, Linen+Denim adalah lebih ringan daripada denim tradisional menjadikannya pilihan utama untuk keselesaan terbaik terutamanya ketika cuaca panas.

Gaya Denim Dengan Sentuhan Segar

Bagi Levi’s, inovasi ini bukan sekadar soal kekal sejuk, tetapi ia juga mengenai naik taraf gaya denim klasik dengan elemen unik. Linen, dengan teksturnya yang tersendiri dan drep semula jadi, menambah dimensi baru pada koleksi denim Levi’s.

Koleksi ini menampilkan pelbagai pilihan pakaian klasik Levi’s yang diperbaharui dengan gabungan linen dan denim, mencipta fesyen yang santai tetapi tetap bergaya dan sesuai untuk meraikan Aidilfitri dengan penuh keyakinan.

Pilihan Gaya Untuk Wanita

Untuk wanita, koleksi ini mengetengahkan siluet yang lebih longgar dan potongan yang direka khas untuk pelbagai bentuk badan, memastikan anda tampil anggun dan selesa di hari raya.

Untuk seluar, pilihan seperti Cinch Baggy Jeans, 318 Shopping Wide - Leg Jeans dan 90’s Straight Jeans menawarkan gaya effortless yang sesuai untuk apa jua aktiviti sepanjang hari.

Pilihan Gaya untuk Lelaki

Bagi lelaki, koleksi ini menampilkan pelbagai jenis jeans dan baju seperti Pocket Shirts, Full Zip Mechanics Jacket, Aunthentic Button-Downs, Short Sleeve Banded Collar Shirts atau Sweater Polo untuk gaya yang lebih rapi dan moden.

Azrel Ismail menggayakan Pocket Shirts, Full Zip Mechanics Jacket dan men's 578 Baggy Jeans

Dapatkan Koleksi Levi’s Raya dan Linen + Denim di semua butik Levis’s di seluruh negara atau melalui dalam talian di levi.com.my

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down