Langgan

Hello Summer! Prada, Balenciaga, Gucci Rai High Summer

Musim high summer datang, dirai Prada, Balenciaga dan Gucci
2 minit untuk membaca
Published: May 19, 2025
high summer

Berganti musim, panas berpijar. Menguras ingatan kita untuk berkelana jauh meraikan high summer. Pada kesempatan ini, jenama-jenama fesyen – Prada, Balenciaga dan Gucci – menghidangkan kita kempen fesyen musim panas yang tidak menyingkir sendi ilham tepian pantai!

Horizon Tenang, Romantik & Kesucian Daripada Prada

high summer

Tenang menyaingi gambaran seakan dalam riwayat roman. Berlatarkan batas kemungkinan yang tiada bernoktah. Menyemat ribuan makna dalam kempen baharu musim panas 2025 daripada Prada. Ia membuka jendela minda kita untuk melayari alam yang bagaikan suatu mimpi bersama teraju-teraju utama seperti Kendall Jenner, Hunter Schafer dan Troye Sivan – masing-masing dirakam untuk memperlihatkan kesucian, bertemankan ketenangan jeladeri. Setiap peneraju utama terlihat berdiri di atas gozzo – suasana yang diabadikan oleh fotografer Oliver Hadlee Pearch ini menitip kesedaran tentang keberadaan mereka dalam sebuah pengembaraan.

Balenciaga Tampil Suatu Gazet Eskapisme

high summer

Balenciaga merangsang bayangan kita. Ia mencerekakan kempen yang dihidupkan oleh latar belakang kuintesens serasa sebuah iklan percutian. Terbit ketindihan cerapan yang imej-imejnya cantik berbancuh nakal. Selaku mata yang mengkonsepsikan visual-visual ini, Roe Ethridge – memotret model-model seperti Sonja, Estelle, Claudia, Liz, Simon dan Bai menggayakan rekaan himpunan High Summer – mengkhabarkan kita tentang segala apa citra libur di tepi pantai. Visual matahari terbenam, pasirnya putih dan tambaha lagi air laut biru berkilauan, sememangnya itulah yang Balenciaga mahu cipta. Imej-imej ini juga malah tersedia sebagai wallpaper telefon yang boleh dimuat turun menerusi laman web Balenciaga. 

Gucci's Slow Summer

high summer

Rasa lena yang senyap di pesisir pantai Lido, Itali. Cecap kebahagiaan menerusi kunjungan santun waktu yang serasa tidak terburu-buru dan momentum kehidupan lazim berganti dengan hikmah suatu kemungkinan. Pesona pantai Lido ini mengisi halaman inspirasi Gucci musim panas, mencorakkan rangkaian Gucci Lido. Gucci Lido membingkaikan riwayat musim panas yang perlahan dengan menyorot eskapisme di bawah gemerlapan matahari, air segara dan detik-detik tanpa persediaan. Daisy Edgar-Jones, Aliocha Schneider dan David Jonsson mewajahi kempen musim panas Gucci Lido ini, menghidupkan plot penceritaannya yang berbentuk visual. Mempamerkan peranjakan kemas dari pinggir laut Mediterranean ke villa taman terpencil dan ketenangan di garis pesisir. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down