Langgan

OMEGA Anjur Golf Junior Clinic Bersama Céline Boutier

OMEGA meneruskan inisiatif dalam menghargai pelanggan istimewa mereka dengan menganjurkan satu sesi mendekati sukan Golf bersama Céline Boutier.
2 minit untuk membaca
Published: October 30, 2024

OMEGA meneruskan inisiatif dalam menghargai pelanggan istimewa mereka dengan menganjurkan satu sesi santai mendekati sukan Golf. Bersama penganjuran yang cukup bermakna ini OMEGA turut membawakan jagoan terkenal dalam sukan ini iaitu Céline Boutier yang diterbangkan khusus dari Perancis.

Acara yang turut disertai pihak media ini menampilkan tiga sesi asas utama dalam sukan golf iaitu Chipping, Pitching dan Putting. Empat kumpulan diasingkan dengan bantuan dua lagi coach iaitu Chris Mars yang memiliki pengalaman lebih 25 tahun dalam sukan ini. Selain itu, klinik ini turut dibantu Ryan Kimber yang merupakan jurulatih pengkhususan mekanisme tubuh dalam permainan golf.

Berlangsung di Saujana Golf & Country Club Selangor, sesi ini ditutup dengan satu majlis makan tengah hari bersama media dan tetamu kehormat. Kesemua peserta yang terlibat bagi sesi istimewa ini juga diberi penghargaan berbentuk sijil daripada pihak OMEGA. Berikut temubual yang dilakukan bersama Céline Boutier.

ELLE: Boleh kongsikan bagaimana anda mengekalkan konsistensi dalam sukan ini?

Céline Boutier: Apa yang paling penting bagi saya adalah untuk sentiasa enjoy the process. Bidang sukan adalah satu bidang yang begitu kompetitif kadang-kadang saya sendiri tertanya pada diri sendiri sejauh mana saya mampu pergi dalam bidang ini. Namun saya percaya dengan usaha juga persiapan yang secukupnya ia mampu meemberi satu konsistensi berterusan dalam bidang ini.

E: Saya pasti banyak yang anda korbankan untuk kekal fokus dalam bidang ini. Bagaimana anda menanganinya?

CB: Sejujurnya ada waktu benar-benar memberi cabaran yang cukup besar saya hadapi. Terutama sekali pabila terpaksa berjauhan daripada keluarga. Namun pada masa yang sama banyak juga hal-hal yang menarik terjadi sepanjang tempoh yang panjang ini. Saya senang mendapat peluang mengembara ke negara-negara berbeza dan pada masa yang sama dapat mengenal banyak orang berpengalaman dalam bidang ini.

E: Apa yang anda lakukan ketika tidak perlu berada di padang golf?

CB: Bergantung pada keadaan. Selalunya masa yang saya ada akan diluangkan bersama keluarga dan mengembara. Peruntukan masa lebih kurang enam minggu yang diberikan akan saya gunakan sebaiknya untuk mendekati hobi baru atau menghabiskan masa bersama teman-teman sebelum harus kembali ke padang untuk latihan.

Céline Boutier bersama rakan media yang terlibat dalam sesi OMEGA Golf Junior Clinic.

E: Nasihat yang anda boleh berikan pada mereka yang mahu melibatkan diri dalam bidang ini?

CB: Apa yang paling penting adalah untuk kekal sabar dan percaya pada setiap proses yang dilalui akan mengambil masa. Terus fokus dan laluinya dengan enjoy setiap fasa yang harus dilalui kerana tidak semua orang mampu memiliki pengalaman serupa. Hargai setiap pengalaman yang ada.

E: Kunci kejayaan menurut anda?

CB: Fokus dan ambil perhatian pada setiap masa terutama sekali pabila pada situasi sukar yang memerlukan fokus yang bertepatan. Satu lagi saya rasa sangat penting dikelilingi dengan orang-orang yang tepat dan berpengalaman. Selain itu saya juga tidak kekok untuk sentiasa bertanya dan belajar.

E: Any bucket list?

CB: Saya seorang yang sangat goal driven. Saya mahu mencapai apa yang orang-orang lebih berpengalaman saya pernah capai.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down